Wednesday, August 5, 2009

Nisfu Sya'ban

Cepatnya Nak Masuk Ramadhan..

Sekejap sangat masa berlalu.. sekarang dah masuk 14 Sya'ban, dan esok 15 Sya'ban. Dan yang paling besar, tak lama lagi kita akan masuk bulan hebat bulan Ramadhan.. Saya rasa takut bila mengingatkan dekatnya bulan Ramadhan sedangkan persiapan hati dan minda serta fizikal belum dibuat sungguh-sungguh. Semoga Allah permudahkan saya dan semua melalui Ramadhan nanti dan mengisinya dengan ibadah yang terbaik.

Malam ni ada study circle kat rumah Sham, Faliq akan bagi tazkirah. Sementara itu, saya akan bawa sedikit perbincangan mengenai Nisfu Sya'ban. Bulan Sya'ban, Allah arahkan pertukaran kiblat dari Baitul Muqaddis ke Kaabah di Mekkah. Banyak ibadah yang digalakkan dilakukan malam ini dan esoknya dan esok-esoknya.. Marilah kita buat yang terbaik mengikut kemampuan kita.

Banyak berzikir, minta keampunan, baca Quran dan malam 15 selalunya kita baca yasin 3 kali-dengan tiga niat yang selalu disebutkan. Bagi saya, bacalah sekiranya badan dan mata serta hati terdaya.. Kalau baca laju, dengan mata dah terlalu letih sehingga tak dapat menghayatinya sampai salah hukum tajwid, maka bacalah sekali sahaja tetapi dengan tertib dan tartil.

Mintaklah doa sebanyak-banyaknya dengan Allah, sebab Dia yang Empunya segalanya. Mintaklah umur panjang dalam kebaikan, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman, dan mintalah apa sahaja.. kerana Allah Maha Kaya lagi Maha Pemberi.