Monday, August 3, 2009

Masterchef Aisyah and Human Rights

Dua Isu Berbeza

Hari ni Aisyah dengan sungguh-sungguh nak story resipi baru dia..

'Umi, Aisyah ada resipi baru ni.. Umi kena ada mangkuk, cereal, pastu susu pun kena ada..'

'Susu apa Aisyah? Susu pekat ke susu cair?'

'Susu cair ler full cream lagi bagus, pastu milo atau coklat.'
'Mula-mula kita letakkan susu dalam mangkuk, tak payah banyak sangat. Pastu letak cereal, pastu kita letak milo satu sudu..Lepas tu kita boleh makan, sedap sangat Umi...'

'Letak gula ke tak Aisyah?' [saje je melayan..hehe..]

'Boleh jugak letak, kalau kita nak manis siket letaklah gula.'

'Mangkuk besar mana Aisyah?'

'Mangkuk kecik pun boleh, kalau mangkuk besar, boleh ler untuk 3 atau 4 orang makan..'

Saya nak tergelak sungguh, tapi kena control macho depan Aisyah ni.. sebab dia tengah bersungguh-sungguh berstory..

'Pastu Aisyah..'

'Pastu boleh makan lah terus.. tak yah tunggu lagi.. Jap Umi, Aisyah nak ambik gambar resipi baru Aisyah ni.. Kejap yer Umi...'

Taraaaaa.....
Inilah resipi baru Masterchef Aisyah..



________________

Human Rights

Saya rasa sangat sedih baca mengenai perkembangan Mesia sekarang ini. 500 lebih orang ditangkap kerana demo anti ISA. Semoga ALlah menyelamatkan Mesia dari kemudaratan yang lebih besar..

Hak Asasi di Malaysia- satu isu yang menarik minat saya, saya mengikutinye dengan mendalam sejak dari dulu lagi..

Dulu, tahun 2006, saya hampir-hampir kena present tajuk 'Human Rights in Islam' dalam Seminar Hak Asasi anjuran IKIM, satu sesi dengan Ketua Hakim Negara ketika itu (Tun Fairus). Sepatutnya Presiden PGSM (Hj Zainul) yang kena present sebab dia yang dijemput, dia tak dapat maka kononnya saya menggantikan tempat beliau.. Mujur tak jadi seminar tu, kalau tidak saya tak tahu ler apa jadi.. Belum sampai masa agaknya untuk saya berada satu pentas dengan orang-orang besar-besar ni.. Saya perlu belajar banyak lagi untuk reach that level.