Sunday, August 2, 2009

Tengok Kawan Balik Mesia

Fadzlina Nawi...

Wahh, kawan saya Cik Puan Fadzlina Nawi sangat gembira balik Mesia. Satu keluarga balik selepas 1 tahun berada di Melbourne.. musti happy punya... Masa saya dan Kak Hada datang rumah mereka, tolong tengok campur tolong angkat siket-siket barang mereka, senyum tak hilang dari bibir mereka satu keluarga.. Sure rindu dendam dengan Mesia ni, dengan mak ayah, dengan adik beradik, dengan sedara mara, dengan cuaca yang panas, boleh pakai baju kurung selapis jer, tak yah baju sejuk segala..., dengan makanan yang best, ayam percik, ayam golek, ayam panggang, ayam Ayamas, ayam apa lagi yer... hehe... dan dengan semua keindahan negara kita Malaysia.. [indahnye Mesia]

Saya tumpang gembira melihat keseronokan mereka..
Selamat bercuti sambil bergumbira ya untuk Auntie Ina, Uncle Ibrahim, Aliya dan Adik Uwais..[Ini ucapan dari Kakak Aisyah..]

p/s Saya tak boleh balik lagi untuk masa ni.
Dalam masa 7 bulan di sini, saya sebenarnya dah balik 3 kali..
Feb- balik 2 minggu
April-balik 2 minggu
July-balik sebab interview
Budget July sebenarnya untuk Raya tahun ni,
so raya kali ni dah tak boleh balik lagi.. budget dah lari..