Monday, April 13, 2009

Talk

7 & 8 April- Tuesday and Wednesday

Dua hari ini saya hadiri talk Christianity & Islam and another one bertajuk Is Jesus is a God or a Man? Kedua-dua program dianjurkan oleh Christian Union and tajuk dibentangkan oleh Sam, seorang Christian dari Tasmania. Profram ini diadakan berkala, selanya setiap 2 bulan sekali atau se semester sekali. Kali ini adalah kali pertama saya datang untuk melihat keadaan dan apakah ada ruang untuk mencelah.

Dalam kedua-dua talk, banyak soalan diajukan oleh pihak Islam dari Nigeria, Turki dll menggunakan pendekatan membantah dan attacking. Nampak keadaan tidaklah tegang tetapi nampak juga Sam kadang-kadang gagap siket masa menjawabnya. Saya cuma menambah dalam talk tersebut bahawa, banyak lagi things to discuss tapi mestilah adil dalam perbincangan. Saya sarankan supaya pihak Christian Union dapat anjurkan satu forum di mana speakers adalah from both sides. Apabila soalan ditanya, pihak Muslim akan menerangkan dari perspective Islam dan dia buleh jawab bagi pihak Christian. Saya sebenarnya kurang bersetuju jika kita guna attacking approuch tapi apabila kita tengok secara sekali lalu, itulah yang berlaku.. Sememangnya perbincangan agama adalah bersifat sensitif, personal dan sangat terlibat dengan emosi dan jati diri. Apabila ayat digunakan oleh speaker tidak kena dengan ajaran Islam, kita akan rasa tercabar, terbangun dan emosi turut naik sekali. Itulah yang paling sukar untuk diperhalusi.. Saya juga sedang belajar perkara ini..

______________

AIIC di Melbourne Uni 12 April 2009

Semalam, saya dengan Umi Salwa dengan ditemani scholar muda iaitu Aisyah telah naik bas jam 8 pagi ke Melb Uni menghadiri Annual Austalian Islamic Conference Program (AIIC) anjuran MERCY MISSION yang diadakan 3 hari iaitu 10-12 April. Saya rasa sangat rugi kerana tidak dapat menghadiri keseluruhan seminar ini. Tapi apa nak buat...






Kami sampai di Melb Uni dan terus menuju ke Econs Department tempat diadakan Seminar tersebut. Hari ini Dr Zachariah Matthews berceramah. Saya suka mendengar syarahannya yang kemudian diikuti dengan workshop Soft Heart, Strong Mind.. Kami mendengar perbincangan dengan penuh minat.

Habis workshop, kami bertiga turun ke depan dewan dan saya berjumpa dengan Dr Matthews bertanyakan sesuatu. Saya bertanyakan pendapatnya dalam perbincangan inter faith.. apakah pendapatnya sama ada dia setuju mengguna attacking approuch or guna diplomatic way, dengar dan beri penjelasanan tanpa berdebat siapa salah dan siapa benar..

Dia memberikan saya kadnya kerna perlu dibincangkan lebih terperinci, dan saya akan hubunginya melalui email soon.
Dr Zachariah Matthews
Australian Islamic Mission
President
www.aim.org.au