Friday, April 17, 2009

Jalan-jalan

Kisah Tetamu..

Saya rasa segan juga sebab tak dapat bawa Kak Rodiah dan Abang Kamel pusing-pusing jauh-jauh seperti ke Melbourne City dan sebagainya.. Saya ni geografi tak berapa bijak, jadi saya tak berani ke city kecuali ada orang lain bersama saya yang saya lebih percaya.. Saya belum confident boleh ingat jalan-jalan kat sana. Hari tu saya ke AIIS kat Melbourne University tu dengan Umi Salwa. Kalau tak de dia, rasanya saya tak pergi kot..

Nak jadi cerita, rupanya saya yang dapat manfaat dari keberadaan mereka di rumah saya.. cuba teka apa berlaku?

Pagi tu, lepas breakfast, Abang Kamel berstory tentang pengalamannya buat PhD di New Zealand, cara belajarnya, macamana di buat research, how dia deal dengan supervisornya dan macam-macam lagi..semuanya membuka minda saya untuk menangani hidup dan buat PhD di sini..

Kak Rodhiah pulak pakar masak memasak, jadi hari Khamis dia nak masak...
Yeaaa seronoknye.....

Lepas solat zuhur 12.20, kami ke Preston Market, saya tunjukkan kedai-kedai dan betapa senangnya nak dapat makanan halal kat sini dan saya sangat mensyukuri nikmat ini. Kak Rodhiah menceritakan pengalamannya yang agak sukar mencari makanan halal di New Zealand, berbeza sangat dengan apa yang saya lalui di sini.

Lepas tu kami pusing-pusing kedai makanan basah, mereka yang pilih lauk mentah apa yang nak dimasak.. hehe.. saya ngikut saja.. Sebab selera saya mudah saja.. Makanan tak kisah, janji halal.. pastu kenaler sedap. hehe..
Saya bawak ke Hot Bargain, kedai China tu kalau dia nak tengok barang apa yang nak dibeli untuk balik Mesia nanti. Jangan beli dulu, belilah kat Victoria Market tapi dapatkan idea dulu..

Balik rumah, Kak Rodhiah start kat dapur dan Abang kamel mula melihat proposal PhD saya, dia buka tesis PhD dia, bandingkan proposal, dia ajar saya tentang research method, bagi saya idea tentang research saya, macamna patut saya buat, improve kat mana.. dong deng dong deng.. sampai lah jam 10 mlm. Saya seolah-olah mengadap Co-Supervisor saya... Banyaknye saya belajar.. seronok sangat!

Malamnya kami semua ber skype dengan Abah di Bangi. Atok dan Nenek semua bercakap dengan Kak Rodhiah dan Abang Kamel.. Tanya kabar, dan macam-macam lagi.

Pagi tadi lepas solat Subuh, jam 6.30 pgi kami semua keluar ke airport bagi menghantar mereka untuk ke New Zealand. Lepas viva, nanti 30 April-4 May mereka akan transit lagi kat rumah kami sebelum balik ke KL. Abang Kamel kata dia datang nanti dia nak tengok perubahan pada Proposal saya, dan dia akan berikan ilmu-ilmu lain lagi untuk memantapkan kajian saya.. powernya..
insya Allah..

30 hb nanti barulah mereka akan ke Melbourne City, pusing-pusing bandar dan kalau sempat Abang Kamel kata nak ke Sydney.. sempat ke tu...?