Thursday, April 16, 2009

Tetamu

Kak Rodiah dan Abang Kamel

Rabu 15 April, Aisyah dengan Umi tak pergi ke mana-mana sebab membuat kerja rumah dengan begitu bersungguh-sungguh. Sebabnya apa? Sebabnya kami akan terima tetamu dari Mesia iaitu Kak Rodiah dan Abang Kamel. Mereka adalah jiran nenek di Bangi. Abang Kamel adalah pensyarah UPM, membuat PhD di Auckland.. selepas submit thesis, dia balik ke Mesia menyambung tugas dan perlu kembali ke New Zealand untuk menghadapi Board of Viva di Auckland New Zealand pada 23 April ini, jadi mereka mengambil Air Asia KL-Melbourne dan transit di rumah kami 2 hari (15-17 April) sebelum bertolak ke New Zealand.

Jadi Aisyah dengan Umi telah vacuum satu rumah.. (hehe.. sebelum ni tak buat yer..).. Pastu kemas bilik Aisyah untuk jadi bilik tetamu. Alihkan barang-barang supaya jimat space, angkat tilam dari bilik study untuk cantumkan dengan tilam bilik Aisyah yang single tu. Abah tak ada, kena lah kami buat dua orang..Nasib baik ada Aisyah.. tapi tilam tu berat jugak, sakit belakang Umi nak angkat. Akhirnya Umi kata, 'Takyah angkatlah Aisyah, kita tolak jer tilam tu..' Umi letak small heater satu dalam tu incase kalau mereka nak guna, blanket tebal, sleeping bag sebagai persediaan..Akhirnya bilik Aisyah telah berjaya ditransformkan...

Malamnya Umi pujuk Aisyah jangan tidur dulu, kita tengok TV sama-sama.. kena tunggu jam 12 malam sebab flightnya sampai jam 12 tengah malam. Tepat jam 12 tengah malam, kami keluar, dengan tawakkal menuju ke airport sejauh 28km dari rumah kami. Sebenarnya saya takut berada di luar rumah waktu malam..Mudah-mudahan Allah selamatkanlah perjalanan kami..

Akhirnya jam 12.35 kami sampai ke Airport, mencari Abang Kamel dan kak Rodiah. Abah call dari Mesia kata mereka dah sampai tetapi Abang Kamel tak dapat call saya.. Kenapa pulak tak dapat call saya? Saya tak puas hati gak..

Sebabnya saya dah pesan dalam email, landing jer terus call saya, saya akan budget masa accordingly, sebab cek barang-barang selalunya dalam 30-45 minit. Jadi saya akan keluar sedang-sedang saja, supaya tak perlu parking sebab mahal sangat dan selalunya ada polis tak kasi kita tunggu lama-lama untuk fetch orang..

Akhirnya selepas jumpa, Saya mintak mereka cek balik nombor tepon saya.. Kak Rodiah kata call sampai berpuluh kali dan setiap kali call orang puteh yang angkat. Dia tak kenal sapa Hidayah..Ya Allah, memanglah dia tak kenal saya, saya pun tak kenal dia... Sebabnya Kak Rodiah salah salin, saya punya nombor 04-XXXX-XX69, tapi dia call 04-XXXX-XX67..Patutlah tak dapat! Sian saya tengok dia orang, kelam kabut jugak...hehe..
[Moral of the story: Salin nombor tepon orang mesti mau tepat, pastu kalau kita nak pergi rumah orang,, mesti mau salin address orang tersebut dengan tepat jugak.....peringatan untuk saya dan semua orang]

Akhirnya juga, kami sampai ke rumah jam 1.30.. Aisyah sangat gembira dan tak habis-habis bercerita dalam kereta pasal kisah hidupnya kat sini. Aisyah memang baik dengan Makcik Rodiah.. Nenek ada bekalkan sambal ikan bilis. Kak Rodiah kata kastam tak cek sangat beg kali ini, Alhamdulillah semua makanan yang dibawa lepas...Sampai rumah, saya jemput mereka makan, sebab mesti lapar travel 8 jam. apatah lagi dengan Air Asia.. (paham-paham je ler...hehe..) Lepas makan nasi, [saya masak ketam masak cili padi dengan ayam bakar dan sambal sotong dengan sayur..aisyah kata sedap.. (hehe..)}, mereka semua solat jama' dan tidur jam 2.30 pagi..

Hari ni Khamis, pagi ni kami akan ke Preston market membeli lauk sambil bawa Kak Rodiah dan Abang Kamel pusing-pusing kawasan ni. Saya dah inform mereka..'Saya tak pandai nak bawak jalan-jalan jauh-jauh sebab Abah Aisyah tak ada, jadi setakat Preston market tu allright ler.. Tapi if nak pusing-pusing sendiri, pakailah kereta hijau ni dan saya akan bekalkan GPS..'

(Selingan...Hari tu, masa kami balik sini lepas balik 2 minggu kat Mesia, semua sup bunjut saya dengan milo 3 in 1 semuanya kena campak oleh kastam..Betul-betul tengok nasiblah, kalau dapat Pegawai yang baik, cincai-cincai jer dia cek, tapi kalau dapat yang brutal... Sadaqallahul azim lah...habis ler jawabnya kena campak...Jadi tak boleh sangat nak kata syarat-syarat kastam ni.. Pada saya, bawak jer dulu apa-apa yang kita rasa nak bawak, kalau ada rezeki lepas, kalau tak senyum je ler....hehe..)

p/s hari ini sejuk.. angin bertiup kuat. semalam pun sama.. malam tadi pun sangat sejuk.. Saya rasa tak tahan sejuk ni, macamna ler saya akan hadapi winter nanti.. Oh oh ... Ya Allah, mudahkanlah saya dalam semua urusan....amin