Monday, April 6, 2009

Kisah Demi Kisah..

Kisah 1: Majlis Kahwin kat Fowkner 5 April 09..

Kak Sal adalah orang Johor yang dah bermastautin selama 19 tahun di sini. Berkahwin dengan orang Greek dan duduk di Fawkner. Perkahwinan ini adalah untuk anak sulongnya Nabila. Alhamdulillah berjalan lancar.. Dalam hati saya rasa agak terkilan dan sedih sebab saya telah mengecewakan Kak Sal. Dia mintak saya datang awal hari Sabtu supaya saya dapat lead sedikit program, tapi saya sampai lepas maghrib, agak lambat siket. ALhamdulillah Hafilah dapat ganti.. Disebabkan itu, saya mengambil tindakan membayarnya dengan datang awal ke Dewan kenduri esoknya.

Ahad, majlis diadakan di Dewan dekat dengan Preston Market. Saya datang awal, tolong siket-siket mana-mana yang mampu. Sebenarnya bahagian kenduri kendara, saya bukanlah pandai sangat. Kalau di Mesia, kita ada mak, makcik, kakak-kakak yang lebih tua, kat sini kita perlu tolong sebab orang kita tak ramai sangat. Biarpun tolong siket, ia akan menggembirakan tuan rumah serta merapatkan kita dengan sesama sahabat yang lain.


Agaknya sebab saya anak ayah.. dan ayah saya tukang kayu, jadi saya pun
secara tak langsung pergi betulkan meja orang masa majlis tu.. hehe..
pengantin makan beradab atas meja yang saya betulkan.. ada air tangan saya kat situ.. power!!.. hehe..

Majlisnya benar-benar seperti majlis di Malaysia.

Rasa macam dok Mesia jer.. Siap bunga manggar, nasi beriani, ayam masak merah dengan dalca daging.. Saya makan banyak ler sebab sedap.. Antara orang lelaki yang involve bab masak-masak ni adalah Ustaz Nushi, Pak Abu dan ramai lagi..

Ramai betul yang datang. Saya jaga bahagian nasi dengan Farhana. Nasi satu tong tu katanya untuk 200 orang. Ditambah dua kali maknanya 400 orang.. tu hanya bahagian wanita, bahagian lelaki rasa saya 3 kali bertukar tong nasi.. Kuah dan lauk juga silih ditambah-tambah..



Kesimpulannya...
Kenduri kat Mesia lebih senang... ada catering!
Namun begitu, prinsip mudah saya, jika ada orang buat majlis, kenalah hadir. Jika berlapangan, kena tolong. Jika kita beri tangan kita, mudah-mudahan di masa lain bila kita berkeperluan, ALlah akan menghantar tangan-tangan yang tidak tersangka-sangka untuk memudahkan urusan kita.. insya Allah..