Sunday, April 12, 2009

AGM PGSM ke 8 - 11 APRIL 09

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Pada 11 April 2009- Sabtu. Mesyuarat Agong (AGM) ke 8 Persatuan Peguam Syarie Malaysia telah dilangsungkan di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Bersempena dengan AGM tersebut, semua barisan kepimpinan baru PGSM dari tahun 2006 - 2009 dianggap berakhir dengan rasminya. Salah seorang barisan Kepimpinannya atau EXCO terlibat adalah SAYA sendiri.

Saya telah diamanahkan untuk menjadi EXCO yang menjaga Biro Penerbitan dan ICT PGSM. Kemudiannya semasa saya di Malaysia sebelum melanjutkan pelajaran ke Melbourne ini, jawatan tersebut dipecah dua iaitu Biro Penerbitan diserahkan kepada Sazila dan saya ditugaskan menjaga Web PGSM sebagai EXCO Biro ICT PGSM sehinggalah berakhir tugasan secara rasmi pada 11 April 2009.

Semasa saya menjadi EXCO Penerbitan, dengan izin Allah- bersama dengan beberapa AJK lain, saya berjaya menerbitkan Buletin PGSM untuk tahun 2006 dan juga satu lagi untuk tahun 2007. Bagi tahun 2008, saya tak sempat kerana terlalu sibuk menguruskan urusan tugas hakiki di UiTM dan juga urusan belajar PhD.

Saya juga menjaga, mengewal selia dan juga menulis untuk Slot rasmi PGSM di Berita Harian setiap Rabu dan Khamis. Saya banyak menjadi penyumbang dan mengisi slot tersebut atas nama Peguam Syarie Menulis setiap Rabu. Koleksi jawapan Hak Muslim PGSM dan juga artikel-artikel PGSM juga berjaya diterbitkan dalam bentuk buku di bawah Pusat Penerbitan UiTM (UPENA).

Dengan rasminya pada 11 APRIL 2009 ini, saya bukan lagi EXCO PGSM. Namun begitu, walau pun saya bukan lagi EXCO, tetapi saya akan sentiasa menyokong perjuangan PGSM ke arah memperjuangan perundangan Syariah di Malaysia.

Babai PGSM..
Semoga PGSM akan terus bersinar.. gemilang dan terbilang..

p/s Saya perlu betulkan dalam blog saya di bawah ruangan pengenalan blog owner-- saya perlu edit tentang jawatan saya dengan PGSM.... Semoga Allah memberi pahala kepada saya dan semua kepimpinan terdahulu yang telah memberi masa, tenaga dan wang ringgit ke arah membantu PGSM..
Hanya ALlah sebaik-baik pemberi pahala.. amin