Sunday, April 19, 2009

Apple Picking

Pengalaman Pertama

Hari Sabtu semalam, 18 April kami berdua mengikut kumpulan beberapa keluarga mengambil apple di ladang apple di Coldstream, Vic 3770. Tempatnya dalam 38 km dari tempat kami tinggal.

Semua sekali dalam 5 keluarga rasanya. Asalnya saya tak plan nak join tapi saat-saat akhir saya buat keputusan.. ok lah join sekali dengan dia orang.. nanti bila Abah datang, kita pergi lagi sekali.. Lagipun Aisyah tak ada program cuti sekolah ni, biarlah dia happy dengan kawan-kawannya kat sana..

Akhirnya saya dengan Aisyah tumpang kereta Asyraf, wifenya Jumi dan anaknya Irfan. Amirah anaknya yang sulong kena pulak berpisah, naik dengan Cik Din sebab kat belakang tak boleh lebih dari 3 orang.. Terima kasih yer kepada Jumi, Asyraf sebab bagi kami tumpang kete..

Sampai sana, penjaga ladang tu buat taklimat dulu- tentang cara-cara petik buah apple, jangan panjat pokoknya dan jangan tarik buah apple, tapi kena petik sambil pusing buahnya ke atas dan dia akan tercabut sendiri dari tangkainya.. Bila dah dengar taklimat, semua berjalan ke dalam ladang dengan membawa bakul masing-masing. Kita dibenarkan ambil sepenuh bakul dengan harga AUD18 bersamaan dengan 5.5kg. Nak makan pun boleh.. Banyak betul pokok dan buah-buahnya yang dipanggil Pink Lady..


Ini Umi dan Aisyah di tepi pokok apple.. Cantik sungguh pemandangan kat sini. Subhanallah puji syukur untuk Allah..



Aisyah dan Sofea dan juga Hana bergambar dengan buah yang digigit, besar-besar buahnya dan bersama kumpulan kami.. saling memetik buah untuk dipenuhkan dalam bakul..



Pemandangan dalam ladang apple ini, sungguh hijau dan menarik. Umi dan Aisyah sedang petik buah apple tu...





Lepas selesai mengutip apple, semua bergerak mencari tempat untuk makan beramai-ramai. Kami berhenti di tempat yang ada kolam dan makan ramai-ramai. Lepas makan, solat berjemaah turut diadakan untuk zuhur dan asar.

Ini aksi hebat Aisyah dan Hana, berpusing-pusing atas besi tu... padang permainan ni sebelah tempat kami berhenti makan. Budak-budak apa lagi, terus berebut-rebut bermain di padang permainan.. sampailah kami balik dalam jam 4.20 petang.

Alhamdulillah seronok juga pengalaman kali ini..
Lebih seronok kalau Abah ada bersama...

Jadual kutip buah adalah seperti berikut:

14-15 May - Fuji
18-19 Apr- Pink lady
2-3 May- Sundowner

Tempatnya adalah:
Cnr Coldstream West Rd & Edward Rd
Coldstream, Vic 3770
9.30-5.30 pm
www.wildaboutfruit.com.au