Monday, April 20, 2009

Kenali Ramai Orang

Ramainya Desa Bundoora..

Hari Ahad 19 April, diadakan majlis ramah mesra untuk semua pelajar yang ada di Bundoora ini. Perhimpunan dibuat di Bundoora Park jam 4 pm. Ramai yang datang dan Aisyah seperti selalu, sangat gembira berjumpa kanak-kanak yang sebaya dengannya.


Ramainya anak-anak di sini..

Tapi dalam bergembira, ada juga terselisih hati, mula-mula Sofea nangis, datang mengadu..'Umi, kakak Aisyah tanak kawan Sofea..' Jadi Umi pun pegang tangan Sofea pergi cari Kakak Aisyah dan cakap, 'Aisyah, kawan lah dengan semua orang, kawan dengan Sofea yer.. sian dia tak de kawan..' Tup tup Aisyah pulak yang nangis..'Tadi Hana tanak kawan dengan Aisyah..'.

'Adoii pening kepala ler Umi.. sapa tanak kawan sapa ni...'
anak oo anak.. kelakar ler korang ni...




Ini adalah antara yang hadir.. penuh bawah bangsal tu dengan makanan yang sangat banyak...Alhamdulillah mewah sungguh kami di sini dengan makanan.. memang makin bulat ler sapa-sapa yang kuat makan.. opsss... hehe..

Gambar sebelah adalah saya dengan adik-adik yang bersemangat waja..iaitu Pah, Fizah, Ros dan Umi Salwa..

Jam 6pm , hari dah gelap dan maghrib pun dah masuk..
Akhirnya kami semua pun balik ke rumah ..

Saya suka berjumpa dan menyambung silatur rahim..
Kenali ramai orang boleh meningkatkan networking...
Semoga ada kebaikannya.. amin