Friday, April 17, 2009

Immunisation

Aisyah Kena Inject

8 April lepas, Aisyah kena inject...
Kat sini, sistem imunisasi lebih baik siket dari Malaysia dari segi bilangan kena inject dan juga dosnya.. Tapi yang paling bagus dalam pemerhatian saya adalah PR sistem yang diamalkan di sini di kalangan insan-insan yang berhubungan dengan orang ramai terutama kanak-kanak kecil.

Aisyah dan Aliya akan diinject hari tersebut. Aliya umur 5 tahun dan Aisyah pula 7 tahun lebih. Masa saya sampai, saya serahkan rekod perubatan Aisyah dan senarai injection imunisasi yang telah dibuat di Malaysia. Tapi bila nurse tu tengok laporan tersebut, dia kata..'Let me check first.. oo this injection.. (sambil tunjuk kat rekod tu).. when she was 2 y.o need to do again. We have two more extra compare to Malaysia. Today Aisyah can take 3 injections and next month another 2 injections..'

Banyaknya mak oii...

Sebelum kena inject, Umi suruh Aisyah asked permission dari nurse tu if she can take a photograph with the nurse..

Aisyah said, 'Can we take a snap?'
'What? oo you want to take a photograph... Can.. of course.. come near me..'


ni masa pendaftaran


ni pulak ruang legar tempat menunggu..

Lepas dipanggil nombor, masuk tempat sebelahnya. Dua orang nurse yang bertugas asyik senyum dan menjelaskan macam-macam soalan dan perkara berhubung tatacara injection yang dia nak buat ni.
'Ok Mum.. after the injection, please wait here 15 minutes so we can see if anything happen to her.. If nothing happen, then you can go back after that..'

Aisyah pun mintak izin nak ambik gambar dengan nurse ni..
Nurse ni peramah, siap cakap..
'Oo you are a good girl, come let me hug you..'
Ini nurse yang inject Aisyah..
masa nak inject tu siap kata..;
'Good girl, you are big now.. nice girl.. '
'Ok sit on mumy's lap.. Ok hug mummy like this, ok don't feel afraid.. you're good girl Aisyah..' macam-macam kata semangat dia kata sedangkan Aisyah dah 7 tahun dah..

Tetiba saya teringatkan Malaysia. Teringatkan beberapa kes insan-insan tiada PR yang pernah saya hadapi.. dan selalunya saya tegur.. antaranya casher Sogo yang saya tegur hari.. penjaga kaunter BSN yang saya tegur dulu.. Bertahun2 lepas sebab cakap kasar dengan saya.. Saya terus tegur depan tu jugak.. Saya teringatkan penjaga kaunter hadiah kat Giant USj yang saya buat report bertahun lepas.. sebab berkasar dengan pelanggan. Saya juga teringat pada staff Bank Affin yang marah seorang pensyarah muda depan saya, dan saya telah membuat laporan kebiadapannya kepada Pengurus Besar Affin.. Semuanya saya teringat.. (tetiba ingatan tu datang..)

Saya sangat ingin melihat PR orang Malaysia bergerak ke arah yang lebih baik.. di kalangan para guru, doktor, nurse, penjaga kaunter, driver bas, penjawat awam dan lain-lain.. Bagi yang sudah beramal dengan PR yang baik, ia perlu diteruskan tetapi bagi yang tidak ada skill ini, saya sangat ingin menyarankan agar tingkatkan PR dalam berhubung dengan manusia..

Inilah sicomel Aisyah dan Aliya..
Aliya kena 1 injection di tangan kiri sedangkan ..
Aisyah kena 2 injection di tangan kiri dan 1 di tangan kanan.
.. huhu...

Balik rumah, saya bagi Aisyah makan panadol dan terus tidur.... (persediaan takut demam esoknya, nasib baik tak demam.. alhamdulillah...)

---------

p/s Sebut pasal PR dan adab sopan, saya teringatkan seorang bekas pelajar saya yang sekarang sudah menjadi pensyarah.. bertembung dengan saya dua tahun lepas di surau semasa sembahyang terawih, bersalam dengan saya dan saya telah mengurnya..'Saya rasa macam familiar muka awak.. student UiTM ke atau kat mana saya jumpa yer..' Dan dia menjawab..'Tak tahu..saya belajar kat UK.. tak pernah tengok pun..' Selepas beberapa bulan, saya dapat tahu dia rupanya pelajar saya dulu di NCUK dan tidak kenal lagi gurunya.. Saya tak boleh maafkan perkara macam ni.. Saya terus telefon seorang kawannya (yang saya ada no hpnya) dan bagitau, 'Awak boleh tolong saya tak? awak inform dia saya kirim salam dan kata kat dia, anak murid yang baik adalah yang tunjuk hormat pada guru yang pernah mengajarnya walaupun dia dah jadi orang besar atas dunia ni... ' Petangnya dia call dan mintak maaf pada saya.. Ini adalah satu contoh di antara contoh tiadanya akhlak yang baik. PR adalah satu cabang dari akhlak yang baik.. Marilah kita sama-sama perbetulkan PR dan akhlak dengan orang lain.. Kerana akhlak yang baik adalah ajaran Nabi Muhammad..