Tuesday, April 7, 2009

Kisah Dua

Bunga-bungaan

'Umi, kalau kita nak buat aurakan, kena berapa banyak bunga Umi?
' 7 warna lah lagi bagus.. jom kita beli 7 warna.. ada tak agaknya..?

Melihat bunga yang mekar berseri.. cantiknyer...

Tapi tak adalah rupanya.... semuanya satu warna satu jambak. Takkan nak kena beli 7 jambak bunga, banyak benar pulak.. Jadi akhirnya kami tak beli satu pun...

Pagi Sabtu lepas, 4 April sebenarnya kami ke Melb City untuk melihat pameran antarabangsa bunga-bungaan yang diadakan berhampiran Melbourne Museum. Ramainya orang..


Dari tingkat atas, orang punya ramai.

Bangunannya sangat cantik, saya memerhatikan lukisan di sepanjang tepi, atas, bumbung bangunan tersebut. Rupanya ia dibina tahun 1847 dan dihiasi lukisan cantik berdasarkan Bible, penuh dengan ilustrasi Jesus dan wanita (Marry agaknye) dengan salib di tangan..

Tingginya pintu ni..

Ini antara bunga-bungaan yang ada.. cantikkan..

Nanti cerita bersambung lagi..