Saturday, April 18, 2009

Doa Aisyah

Doa..

Selalunya lepas solat dengan Umi, Umi akan suruh Aisyah doa kuat-kuat dan Umi akan aminkan..
Lepas maghrib tadi, Aisyah doa kuat-kuat dan Umi aminkan...

'Ya Allah..
Bagilah Umi dapat PhD
Bagilah Umi dapat Prof Madya
Nnati Umi dapat banyak duit
Boleh kasi pada Palestin separuh
Pada orang miskin separuh
Dan dapat beli barang-barang Aisyah separuh
Bagilah Aisyah Abah dan Umi sihat
Bagilah seluruh keluarga Aisyah selamat
Bagilah Atok, nenek, tokma dan tokayah sihat
Selamatkanlah kami semua di dunia dan juga di akhirat..
Ya Allah, kabulkanlah doa Aisyah ini..
Amin..'

Semoga Allah kabulkan doa Aisyah ini..
Amin Ya Rabbal a'lamin..