Sunday, April 12, 2009

Soverign Hill Tempat Emas di Ballarat

Sovereign Hill

Hari Sabtu 11 April pagi jam 8 am waktu Melbourne, Aisyah dan Umi bersama-sama keluarga kawan-kawan berjalan-jalan ke Sovereign Hill di Ballarat. Tempatnya best untuk dilawati. Nanti Aisyah akan ceritakan dari perspective Aisyah sebagai seorang pelawat muda. Tapi kalau nak baca dan tengok gambar terperinci, boleh tengok
blog Aunty Ina ni.. ( cepat betul Auntie Ina uploadkan.. power! hehe..)

Nanti Aisyah akan cerita kemudian...
____________

Sebenarnya Aisyah sangat sunyi bila Abah balik Mesia. Abah perlu balik kerana ada urusan syarikat yang perlu Abah selesaikan. Abah sedang menguruskan import mesin-mesin dari China untuk proses makanan dan menjualnya di Malaysia. Semoga Syarikat Abah berjaya dan Abah dapat selesaikan kerja-kerja Abah dengan cepat. Lepas Abah selesai, Abah balik sini cepat yer Bah....

Jadi Umi bawak Aisyah ke Sovereign Hill supaya Aisyah gembira. Mulanya Umi tulis email pada kawan-kawan Umi ajak pergi sekali sebab kalau dapat 10 orang, nanti dapat less AUD5 setiap orang. Berjaya juga plan Umi sebab lepas tu 12 orang telah setuju untuk pergi sekali. Akhirnya Umi buat plan lagi, ajak semua orang buat pot luck dan makan sama-sama masa kat sana.. Semua orang gembira sebab jadi perkelahan keluarga. Umi bawak roti garlic, Uncle Idham buat burger, Auntie Ina buat macaroni bakar, Auntie Rami dan Auntie Nor buat sandwich dan Auntie Nita bawak puding roti. Jadi kami semua makan best sangat kat sana...

Sedihnya Abah tak ada nak join sama..


Aisyah tengok ada gambar surat khabar yang menceritakan emas dijumpai di Ballarat tahun 1851. Surat khabar tu dah tua tetapi masih elok dalam cermin. Lepas tu ada banyak rumah macam rumah koboi dan pekerja-pekerja sedang berlakon macam zaman dulu, pakai dress yang sangat cantik. Aisyah suka tengok baju labuh yang kembang tu, macam baju Princess Anallesse.


/>








Pastu Aisyah pergi masuk tempat orang tunjuk wayang gambar masa zaman emas dulu. Aisyah main-main dengan Irfan, Idlan, Aliya, Abang Ariq dan Sofea. Lepas tu Aisyah ambik gambar depan emas, patung-patung orang yang kerja kat lombong emas zaman dulu, pastu Aisyah juga masuk dalam lorong bawah tanah, kecik sangat lorongnya dan Aisyah nampak ada lakonan orang yang mula-mula gali tanah tu, lepas lama-lama gali dia ternampak emas.. besar sangat emas tu..Cantik sungguh emas tu.. Aisyah nanti akan tunjukkan gambar-gambar yang Aisyah ceritakan ini ye.










Lepas tu Aisyah pergi mendulang atau dipanggil panning.. Itu pengalaman best sangat untuk Aisyah. Tapi masalahnya Umi terlupa ambik gambar Aisyah tengah mendulang tu.. Aisyah rasa best sangat, cari emas. Tapi sebab semua emas dah tak ada, jadi Aisyah ambik batu yang ada dalam dulang masa Aisyah panning tu yang warna macam gold. Jadi sekarang Aisyah ada 14 biji batu warna gold. Umi kata boleh buat main batu seremban.. Malam tadi Umi ajar main batu seremban. Best betul.

Ada kuda lalu depan kita.. yakkk.. busuk sangat sebab dia berak atas jalan.. hehe.. Tapi Umi kata tak boleh nak naik kuda sebab mahal kena bayar. Hari tersebut Aisyah sangat happy, tapi ada banyak lagi tempat yang Aisyah tak sempat pergi termasuklah train yang turun bawah tanah. Umi kata kita akan datang sekali lagi bila Abah balik.

Tak pe ye Bah, nanti Abah balik sini, kita pergi sama-sama sekali lagi yer..

Sekian, inilah pengalaman Aisyah ke Sovereign Hill Ballarat.

p/s Umi cakap sejuk sangat sampai kena bawak baju tebal. Tapi sebenarnya panas sangat kat sana..tak payah bawak baju tebal pun..