Thursday, April 9, 2009

Sambungan Bunga..

Pernah tak mandi bunga?

Ada yang akan jawab, itu khurafat sebab percaya bunga boleh mengubah nasib...
Sebenarnya.. tak de salahmya pada mandi bunga.. yang ada pada bunga adalah auranya.. bunga tidak boleh mengubah apa-apa nasib kita..Kalau niat mandi bunga nak buang sial, nak cepat dapat jodoh, nak jadi berjaya dan lain-lain... maka ianya boleh bawa syirik...

Yang sebetulnya pada bunga itu adalah lambang kebesaran Pencipta. Ada aura yang boleh kita absorb.. Tapi kena tahu caranya.. Kita mengambil manafaat atas penciptaan Allah untuk kebaikan insan, sepertimana kita guna haiwan untuk makan, untuk kenderaan dan sebagainya...

Itu cerita mandi buang... Jangan salah niat, ia akan membawa mudharat pada iman kita.
_____________

Gambar-gambar kenangan...



Aisyah dan Aliya.. belakang tu penuh dengan burung-burung...

Inilah bangunannya.. lama, cantik dan masih terpelihara...

Ini Aisyah depan Elmo.. Elmo tu dalam taman penuh dengan bunga.. cantik lah jugak..

Inilah bangunan yang saya ceritakan.. cuba tengok belakangnya penuh dengan lukisan cantik-cantik..Lukisan-lukisan potret manusia itu sedang bercerita tentang sesuatu kisah... mungkin tentang kisah agama mereka..

Lepas jalan lama jugak, Aisyah dah mula boring... Ayat dia dah mula pelik-pelik...

'Umi, Aisyah dah boring sangat ni.. kita nak tengok apa lagi.. semuanya bunga.. Bunga ni semua Allah yang cipta. Tengok bunga jer ker hari ni.. tengoklah animal ker, benda lain pulak.. letih ler Aisyah tengok bunga saja satu hari ni..' hehehe... Aisyah Aisyah...

Sebenarnya juga, saya bukan reti sangat menilai bunga-bunga..saya ingin mempunyai pengalaman hadir ke International Pameran Bunga2 di Melbourne. Saya nak pi tengok suasana, apa yang ada dalam pameran tu, ramai tak orang.. apa bentuk bunga yang depa tunjuk... Sebab saya tak ada green fingers..



Aisyah boring yer.. Nanti Umi belikan air cappucino.. Ada duit tak dalam purse ni.. hehe.. Harganya AUD4 secawan.. mahal betoi!

Saya ambik gambar budak tu sebenarnya.. takjub tengok backpack yang mak dia pakaikan pada dia, ada tali dan maknya akan masuk tangan di hujungnya.. bila dia lari jauh sikit, maknya akan tarik... hehe....

Masa nak balik kami lalu kat bunga-bunga ni.. cantik sungguh.. Subahanallah..


Ini dalah kenangan terindah hari tu... Ada robot tengah berjalan dengan anaknya dalam pram.. Aisyah teruja.. Umi pun teruja jugak... hehe.. Aisyah siap bersalam.. Umi pun bersalam jugak... hehe...
Sambil tu robot tu bercakap..'How are you. You are very nice. I love you. Bye..'..


" Abah.. oo abah.. tu robot betul ke Bah?"