Monday, April 6, 2009

Daylight Saving in Melbourne

Perubahan 1 Jam

Hari Ahad 5 April lepas, jam di Melbourne dipusing ke belakang 1 jam. Maknanya sebelum ini kita berbeza dengan Malaysia 3 jam, jadi sekarang hanya 2 jam sahaja. Contohnya di Malaysia jam 9 malam, sebelum ini di sini jam 12 tengah malam. Selepas ni kalau di Mesia 9 malam, di sini jam 11 malam.

Dengan perubahan itu, semua waktu solat juga berubah dengan begitu drastik. Subuh sebelumnya masuk 6.09 minit dan tamat jam 7.37 pg, sekarang subuh masuk 5.11 pagi dan tamat 6.39 pagi.

Keadaan sekitaran juga sudah mula berubah, semakin sejuk dan saya terasa kaki saya selalu kebas-kebas. Sekarang saya di pejabat, jam 8 pgi tadi, suhu di sini 10 darjah C.. Sejuknya...

Malam juga sudah mula cepat sangat tibanya. Malam tadi jam 6 petang, hari dah mula gelap, Maghrib masuk 6.10 minit. Sedangkan masa saya mula-mula sampai sini dulu, Mahgrib masuk 8.45 dan walaupun dah pukul 9 mlam, hari masih lagi cerah dan isyak masa tu masuk jam 10.40 malam...
Beza sungguh...


Allah menjadikan matahari dan bulan, masing-masing bergerak di atas orbitnya.. Dengan pergerakan itu, lahirlah malam dan siang, silih berganti......
Subhanallah...
Semuanya ini adalah pengalaman baru untuk saya..

___________

Changes to Daylight Savings
ACT, New South Wales, South Austalia, VICTORIA and TASMANIA

From 2008 the ACT, NSW, South Australia, Victoria and Tasmania will all start daylight savings on the first Sunday in October and end on the first Sunday in April. This will result in an extra month of daylight saving for the ACT and introduces common start and finish dates in these states.

Begins 2 am EST the first Sunday in October Ends 2 am EST the first Sunday in April

Begin -Sunday 5 October 2008 End- Sunday 5 April 2009

Begin - Sunday 4 October 2009 End - Sunday 4 April 2010

Begin - Sunday 3 October 2010 End - Sunday 3 April 2011