Friday, April 2, 2010

Perjalanan..

Cepatnya Masa ....

Dah seminggu rupanya berlalu. Jumaat lepas, kami ke airport dan kereta rosak.. Sekarang dah masuk seminggu rupanya. Masa sungguh cepat berlalu, tanpa sedar ia bergerak meninggalkan kita..

Seminggu ini perjalanan kami..

1-Sabtu 27 March, kami duduk di rumah sebab kete rosak. Buat kerja, tengok TV, Abah buang pokok-pokok kat luar rumah yang dah tumbuh tak tentu arah..

2-Ahad 28 March- kami ambik keputusan berjalan-jalan dengan bas dan train. First time menggunakan kad bas myki, kami turun dari rumah naik bas ke Reservoir train station. Dari sana naik train ke Melbourne City. Hari ni ada hari kebudayaan di city. Depan Victoria Market, ada hari Turki. Depan Myers ada hari Greek, pastu di Federation Square ada hari Mexico dll.. Pusing..pusing.. jalan.. jalan.. haaaah saya dah tak larat dah.. Kaki rasa nak patah. Saya beli dua bijik kebab Greek, Aldana isinya lamb dan satu lagi isinya ayam.. Umppp tak berapa ler rasa dia, rasa rugi pulak saya habiskan AUD20 untuk dua bijik kebab..

Aisyah gembira sebab bukan saha dapat naik train dan tram, dia juga dapat naik macam roller coster.. nanti saya masukkan gambar dia.

Balik rumah jam 4pm, solat zuhur di rumah. Lepas tu ada kawan datang rumah. Lepas Maghrib dia balik. Malam ni hujan pulak, sian dengan kawan kami yang terpaksa balik CT naik bas dan kemudian naik train. Kallau kete kita sihat, boleh kita tolong hantar ke train station terus. Maaf ye..
------------

Isnin 29 March

Pagi, jam 11 pg, Sham jemput saya ke opis dan kemudian saya pakai kereta dia ikut RACV tow kete ke Preston. Lepas tu Abah dengan Aisyah hantar saya ke opis dan mereka berdua pergi ke pasar, beli lauk pauk yang dah habis.. Mujur Sham kasi pinjam kete dia. Thank you yer..

Hari ni saya dengan Sham macam nak giler siapkan kertas kerja Honour Killing yang nak dihantar ke Asia Law Conference. Duenya 26 March tapi saya hantar email mintak bagi extra a few days sebab ada beberapa new findings that need to add. hehe... Itu ayat Ajinomoto penyedap rasa jer.. Yang sebenarnya kami banyak sangat kerja, tak sempat nak siap. Akhirnya kami dapat till 1 April before office close (Singapore hour).

Kami balik malam dari opis-9 mlm, Sham hantar saya balik rumah- kertas kerja ni tapi masih tak siap jugak. EndNote- AGLC tak kena, hilang situ hilang sini.. isyy.. kalut sungguh..

Selasa 30 March

Hari ni pun sama, Sham jemput saya dan kami ke opis. Aisyah duduk rumah main dengan Abah. Saya edit yang Sham dah buat, susun sub-topic, tapi masih banyak lagi tak complete. Saya email Sham, minta dia carii bahan dari EndNotenya.. footnoting salah.. bla bla bla.. Sehari suntuk buat ni, tak siap lagi.. Ini masuk draft kali ke 3 dah. Dah masuk 7,000 perkataan. International Treaties, UDHR, CEDAW regarding honour killing belum masuk lagi ni... aduihhh...

Rabu 31 March

Hari ini pun sama, Sham jemput saya. kami tambah Opinions of Islamic Scholars on Honour Killing. Jumpa article pasal budak perempuan dibunuh di palestin, dibunuh oleh abangnya sebab adiknya dirogol oleh ayahnya. Abangnya guna alasan to protect honour, dia perlu bunuh adiknya.. Sepanjang baca dan tulis mengenai honour killing, saya rasa sangat sedih dengan perkembangan ini. Sambil menulis, saya dan Sham berbincang dan banyak kami mengutuk practice honour killing di beberapa negara yang 'kononnya negara Islam' tapi menerima honour killing sebagai excuse untuk tidak dihukum oleh mahkamah.

Jordon paling teruk, palestin, Iran, Iraq, India semuanya dua kali lima. Kenapa jadi macam ni?? sedangkan Rasulullah tidak pernah mengajar membunuh kerana honor. Dalam kertas kerja ini, we argued that there is no honour in honour killing and there is no base whatsoever that islam condones honour killing. It is totally cultural-base acts..


Kete camana? ooo kete dah sihat dah. Alhamdulillah..
Jam 4.30pm, saya pinjam kete Sham, balik rumah jemput Abah dan Aisyah terus ke Kedai mekanik Basham. Dia call kata dah siap. Dia repair tempat minyak hitam bocor, tukar timing belt dan satu lagi belt apa namanya tah.. Mujur alhamdulillah. Dia cuma charge $340 sahaja. Syukur..

Lepas tu, saya balik ke opis semual. Dan balik rumah Abah jemput jam 8mlm. Lepas solat ISya;, saya sambung edit apa yang Sham dah tulis. Saya susun kembali semua agar flow kertas kerja menjadi tersusun dengan baik. Saya add ayat-ayat Quran dan hadis dan lepas tu jam 1.45 pg saya email Sham... aduhhhh... letihnya...


1 April Khamis..

Pagi ni kami ke Preston market beli ayam, ikan, buah dll.
Saya memang nak makan Gezelem hari ini. Penjual Gozelem tu pun dah kenal saya.. hehe.. Hari tu saya datang dengan Atok dan Nenek, masa beli hari ni dia tanya, 'Where's your mother and dad? They went back Malaysia?' hehehe....

Gozeleem memang sedap. $8.00 je satu..

Lepas beli belah, saya ke opis jam 3pm. Rupanya ada lagi masalah. Sham kata, 'Ko suruh aku betulkan apa ni? aku tak paham ni..'
'Laaa ingatkan dah siap..'

Akhirnya, saya duduk dalam bilik Sham, baca ayat demi ayat sama-sama, betulkan ayat sama-sama, tukar tu tukar ni, betulkan bibliorafi, add fotnote bla bla...

Kecut perut dah sebab tak siap2 lagi, masa dah suntuk..

'Ceppat cepat.....'

Uhh... akhirnya...

Akhirnya kami berjaya menyiapkan satu kertas kerja bersama berjumlah 8,000 perkataan (7,400 isi dan 600 footnote) dan diemail pada Staff ASLI di Univ Nasional Singapore pada jam 7.50mlm waktu sini bersamaan jam 4.50 pm waktu Singapore. (ASLI sebenarnya di bawah National Univ Singapore tapi tempat dilaksanakan berubah setiap tahun. Tahun ni di UIA, tahun lepas di Hong Kong Univ, tahun sebelumnya di Singapore. Tahun depan tak tahu lagi. Masa akhir conference baru depa isytihar tahun depan ALI Conference sapa lak jadi host)


Sham banyak tengok bahasa sebab English dia power. Dia banyak baca dan tulis. Saya banyak tengok content, macamna isi disusun supaya ia menepati abstract dan tajuk kertas kerja. Saya akan buang mana tak relevan. Suruh cari lagi mana yang perlu ditambah. Saya rasa buat dua orang buat kertas kerja lebih baik sebab ia saling sokong menyokong. Saya sangat suka bekerjasama dengan mana-mana yang ingin bekerja bersama saya. Lepas ni, saya akan tolong usahakan cari refereed journal untuk publishkan paper tersebut.

ALhamdulillah ia selesai.
Syukur pada Allah...

Sekarang nak kena sambung tulis paper Marital dissolution paper dengan Ina pulak. Yang ini Ina akan bentang dalam Asia Workshop di Singapore pulak..
Adoiiii tirednyer....