Tuesday, April 13, 2010

Perjalanan..

Seminggu ini..

Antara dua kertas kerja tersebut, sepanjang minggu ini dan minggu lepas, saya hanya mengkhususkan kepada Endnote dan AGLC. Hari Rabu 7 April, saya dan Sham pergi mengadap Dennis, librarian Law sebab kami ada masalah AGLC. AGLC version ke tiga rupanya baru dilancarkan dua minggu lepas, dan buku panduan perlu dibeli di Melbourne Uni Bookshop. Saya juga baru berjaya download AGLC version 3 dari Univ Queensland dan Dennis dah tolong betulkan masalah technical untuk link kan antara EndNote dan style AGLC dalam notebook saya.

AGLC adalah Legal Citation yang perlu kami guna dalam thesis di sini. Austalian Guide to Legal Citation, yang hanya dipakai untuk tulisan Law di Australia. Di Malaysia kita pakai kaedah biasa saja. Universiti di Malaysia ada kaedah citation sendiri. UKM dengan kaedah UKM, UM ada sendiri, USM ada sendiri, UiTM saya rasa ikut UM boleh, UKM boleh... Sebab saya belajar di UM masa Master, maka setiap kaali saya menulis berkaitan Law, kaedah citation dan bibliografi saya akan ikut cara UM yang saya dah biasa. AGLC ni memeningkan sebenarnya..

Sepanjang minggu ini, saya melengkapkan ENdNote yang juga berubah ke version X3. habis masa betulkan rujukan buku jer..

Sangat meletihkan...

Sekarang saya baru selesai 179 buah buku rujukan yang sempat dibetulkan dalam EndNote dan banyak lagi perlu dibuat. PC di pejabat masih version lama lagi dan ada masalah AGLC jugak. So sekarang saya hanya buat kerja menggunakan komputer riba saya. setiap kali ke mana-mana saya terpaksa mengusung notebook saya.. kalut jugak.

Semoga cepatlah selesai kerja-kerja saya ini.. amin..