Tuesday, April 6, 2010

Perjalanan..

Daylight Savings

Pada 4 April jam 3 pagi hari Ahad, jam ditukar awal sejam. Back to normal. Daylight saving ends. Saya bangun pagi tu jam 4 pagi, jadi agak terpinga-pinga sebab subuh masuk sejam awal. PDA saya rupanya berbunyi awal sejam le kan. Terlupa rupanya pagi ni jam dah berubah. Subuh masuk 5.12pg.

Jadi mulai hari ni beza kita dengan Mesia hanya dua jam je lah. Kalau Melbourne kol 9 pagi, kat Mesia kol 7 pagi lah.

Di sini cuti pajang Easter holiday. Jumaat cuti,, Isnin cuti, Selasa pun cuti..

Hari Ahad, ramai kawan-kawan ke Bendigo. Sham, Ja, Nor dan ramai lagi nak berjalan ke Bendigo, Mereka ajak kami join sekali. Abah dan Aisyah nak sangat pergi tapi saya tak dapat. Saya dah janji nak jumpa Ina kat pejabat hari Ahad, nak discuss mengenai paper Singapore. Abah pulak tak nak pegi dengan Aisyah saja, nak Umi ikut.. humppp .. susah jugak.
Tapi akhirnya saya terpaksa pujuk dua-dua orang.. hehe.. Lain kali kita gi Bendigo yer. . Esok kita pergi office Umi yer.. sian pulak rasanyer..
_________

Lepas hantar saya ke opis di opis Ina, Abah dan Aisyah ke Trash and Treasure, beli barang-barang.. Dah petang lepas baru saya balik rumah.
___________

Isnin 5 April, saya ke opis jugak. balik petang jugak..
Abah dan Aisyah duduk di opis jugak.
Tak kemana-mana hari ni..
sian sungguh dengan Aisyah dan Abah

___________

Selasa 6 April, hari ini hari melawat.
Plan tertunggak visit kawan-kawan yang dapat baby dan operation.
Jam 11 pagi- visit Rami dan new born baby
Jam 12.30 tgh - visit Zida dan new born babynya

Balik rumah makan tengahari. Lepas solat Asar ke rumah Cik Din- visit Cik Din yang lepas operate mata hari tu.

Lepas tu pergi Coles, pergi Fruit shop.. dan balik rumah jam 6.45 mlm. Terus solat Maghrib dan isya'.

Sekarang waktu solat sudah awal sejam;
Subuh- 5.12 pg
Zuhur - 12.24 tgh
Asar - 3.36 pm
Maghrib - 6.09 pm
Isya'- 7.31 pm

Kalau nak puasa, bagus jugak sebab awal buka puasa, tapi kalau berjalan-jalan kurang ceria sebab malamdah jadi cepat dah..