Monday, April 26, 2010

Perjalanan..

Langkah Demi Langkah..

Pengajian PhD saya tidaklah laju seperti yang saya gambarkan. Walaupun saya pernah membuat tesis di UM dahulu, dah jadi supervisor untuk kerja projek pelajar tahun akhir di UiTM dan dah buat macam2 research dalam tempoh 5 tahun ini, apa yang saya lalui di Australia sangat jauh dari yang saya gambarkan.

Setakat yang saya kenal diri saya, saya tak pernah bersikap over-confident. Apa-apa perkara dalam hidup ini, saya biasa-biasa saja.. Yakin diri tapi berkadar-kadar. Kadang-kadang saya agak pesimist, tapi cepat-cepat saya berikan kata-kata semangat kepada diri sendiri. Saya ingin melalui hidup yang indah. PhD adalah salah satu dari jalanan hidup saya. Matlamat saya adalah keredhaan Allah dan semua laluan hidup saya adalah jalan menuju akhirat.

Allah telah beri saya banyak peluang dan saya akan berusaha sebaik mungkin meraikan semua peluang yang Allah berikan. Kata-kata hikmah Pak HAMKA selalu saya ingat dan tanamkan dalam diri saya.

Buya HAMKA berkata,
'Hidup akan menjadi indah bagi orang yang ada cita-cita. Karnanya Orang yang ada cita-cita pastinya akan selalu bekerja keras dan berusaha'- HAMKA

Apabila ALlah uji di sini, Dia berikan nikmat di tempat lain. Dia beratkan yang ini, Dia ringankan yang sana. Ada timpal balik supaya kita selalu kembali pada Dia. Bila saya renungkan, ALlah bagi saya sangat banyak; rumah tangga yang baik, kerjaya yang baik, keluarga yang baik, saya sihat setakat ini, saya dapat naik jawatan walau pun saya bukanlah sangat terbaik dalam bidang saya. Saya ada kehidupan yang baik, dapat makan yang best-best, dapat duduk hotel best-best, dapat berjalan ke mana-mana saya nak. Semuanya mesti saya syukuri.

Timpal balik, mesti ada ujian di sana sini untuk saya tempuhi. Ujian saya sudah tentu tak sama dengan orang lain. Sekarang, sebenarnya laluan PhD saya tidak seperti yang saya plan sebelum saya datang ke sini. Saya diuji tapi saya yakin diri- saya insya Allah mampu mengatasinya. Insya Allah...Kerna Allah tidak akan menguji sesuatu di luar batas kemampuan kita. Itu janji Allah dalam al-Quran. Layukallifuallahunafsan illa wus a'ha.. Itulah juga mesej yang kawan-kawan saya pernah berikan untuk saya sebelum ini.

Sebenarnya, yang berlaku sebelum ini adalah saya jadi seolah-olah weweng dengan kaedah supervision yang saya terima. Saya membuat kajian perbandingan Syariah dan Civil, tetapi Supervisor nak saya sentuh Civil sahaja dan mencadangkan dalam research nanti supaya Mesia menggunakan satu sistem undang-undang iaitu Civil System sahaja dan melihat dari kaca mata feminisme legal research, itu yang menjadi titik perbezaan pendapat antara saya dan Supervisor saya. Dan ada lagi yang lain-lain lagi...

Tapi saya akan yakin diri dengan laluan ini. Saya tidak akan bersusah hati sehingga tak lalu makan, tak lalu tidur, terhoyong hayang dan lain-lain. Saya akan selalu buka minda dan hati saya, merangka dan merancang, dan saya sangat yakin,'Barang siapa yang bertakwa, Allah akan memberi rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka..' (ayat seribu dinar)

Saya adalah seorang pengusaha... seorang pengusaha yang sedang berusaha mendidik diri, berusaha bersabar, berusaha menjadi orang bertakwa.. semoga dengan belas ihsan Allah, Dia sudi menunjukkan jalan, membuka ruang demi ruang untuk saya.. memberi jalan penyelesaian, dari jalan yang tidak saya sangka-sangkakan...
amin ya rabbal alamin.
_______________-

Sabtu 24 April

Melapangkan kepala saya, saya ke garage sales.. Habis 8 rumah kami jejaki dan dapatlah sikit barang.. Lepas balik rumah jam 12.30tgh, lepas zohor kami ke akikah anak Azah dan Martin. Saya baik dengan Azah dan martin selepas kami berjumpa, berkenalan di ILIM, dan mereka datang ziarah ke rumah kami dan kami juga sudah bertandang ke rumah mereka sebelum ini. Akikah anak lelaki yang baru lahir. Tahniah untuk Azah dan Martin.

Ahad 25 April

Paginya jam 9.30pg- kami ke ILIM, Aisyah mula kelas agama, bayar yuran, saya bersembang dengan Kak Min, kak Syidah, dan ramai lagi kawan-kawan di ILIM. Lepas selesai, dalam jam 11.20 pagi, kami keluar untuk ke majlis di rumah Rami, perbincangan ahli qaryah tempat saya duduk di Bundoora ini. Pemilihan baru Penghulu dan AJK Kampung. Alhamdulillah semua berjalan baik. Jam 1pm, kami ke ILIM semula untuk jemput Aisyah balik sekolah.

Lepas balik, jam 3pm saya ke Kg Vic, kaum ibu minta saya bawa perbincangan study circle mereka. Katanya majlis study circle /usrah di KgVic untuk kaum bapa sangat ramai, tapi kaum ibunya hanya 5-10 orang. Hari ini dimulakan plan baru untuk mengadakan sesi untuk kaum ibu supaya lebih ramai yang datang. AJKnya hubungi saya minta saya hadir. Saya bersetuju w/p kesibukan sangat mendesak. Alhamdulillah ramai yang datang. rasa saya boleh capai 25 orang-jumlah tertinggi setakat ini. Saya katakan buatlah majlis agama, sekali dalam dua minggu atau sekali dalam sebulan kita allocatekan masa 2 jam, insya Allah ada ganjaran dan manfaat. Kita hadir dapat dengar ilmu demi kebaikan kita, bawak anak-anak perempuan sekali macam yang kami buat di Bundoora. Saya akan cuba tolong untuk 2 sesi terawal, lepas ni mungkin saya terpaksa menolak semua jemputan untuk saya.

Saya balik jam 6pm- Aisyah dan Hana sudah siap dengan baju berenang. Saya ke swimming pool lepas maghrib dan balik rumah jam 8.45mlm. Skill berenang saya sudah semakin baik. Saya boleh berenang terus 2 kali ulang alik tanpa henti. Wahh ini pencapaian yang baik.. Mereleasekan ketegangan minda saya, menceriakan saya di samping beriadah membuang toksid-toksid negatif..
Alhamdulillah..