Friday, April 23, 2010

Strategi..

Perjalanan yang panjang..



Gambar strawbery ni sangat cantik. Diambil oleh kak Yah masa pergi strawberry picking baru-baru ini. Cantiknya strawberry ini mengambarkan Maha Bijaknya Pencipta yang menjadikan buah secomel ini. Ia juga melakarkaan sebuah perjalanan yang panjang..

Sebelum sampai ke tahap buah secomel ini, tuannya perlu menyediakan tapak semaian yang baik, menjaga dan memberi baja, menutup pokok-pokok untuk keselamatan dan juga ketika sejuk. Jika cuaca baik, buahnya besar dan manis. Bila agak sejuk, buahnya tidak berapa manis dan kecil-kecil saiznya. Menjaga batas-batas pokoknya memerlukan kesabaran dan kesungguhan. Memetik dan membungkus dan menjual adalah satu perjuangan yang menarik. Apabila ada pembeli termasuklah pelawat yang melihat, memuji, memetik strawberry dan membayar harganya, hati berbunga dengan kejayaan yang dicapai..

Ia satu perjalanan..
Kesungguhan dan kesusahan..
Kesabaran dan kepayahan, kejayaan diakhirnya..

Begitulah kehidupan ini..
Mencari ilmu, ada kalanya seronok dan ada kalanya sakit.
Tapi dengan niat kerana Allah, kita tidak boleh berpaling ke belakang..
Jalan dan terus berjalan..

Saya sedang merancang dan melancarkan strategi baru untuk saya depani selepas ini.
Apa perlu saya buat..
Bagaimana perlu saya buat..
Siapa perlu saya cari untuk minta bantuan..
Apa plan seterusnya..

Ye.. sesuatu yang berlaku adalah cabaran.
Dan cabaran itu lah yang mendewasakan kita.
Sekaligus menjadikan kita lebih tabah.
insya Allah..

Saya bersyukur atas semua ujian dan nikmat.
_____________________________
Tetamu di rumah kami..

Membaca manuskrip yang ditulis oleh Abang Kamel membuka mata saya dengan lebih luas.
Abang Kamel dan Kak Rodiah adalah jiran Mak Bangi. Abang Kamel mengajar di UPM dan membuat PhD di New Zealand atas belanja sendiri. Beliau sedang menulis buku dan memberi saya baca satu dari manuskrip yang akan diterbitkan bertajuk Membuat PhD Dalam Kekangan. Sangat menarik.. Saya teruja membacanya..

Kalau sempat, saya edit sekali dan plan nak beri sedikit isi tambahan kepada manuskrip tersebut.

Inilah Abang Kamel dan Kak Rodiah..dengan sicomel Aisyah..


Abang Kamel sedang mencurahkan ilmu-ilmunya.. Berbincang tentang PhD saya, tentang penulisan buku, penerbitan buku beliau, nasihat untuk saya fokus kepada pengajian dan teruskan perjuangan.. Terima kasih atas nasihat yang diberi. Saya sangat menghargainya..