Monday, June 15, 2009

Kata-Kata Hikmah

Sedikit Tapi Bermakna...

Apa yang dikatakan kata-kata hikmah?

Ia kata-kata yang pendek, sedap dibaca, siket sahaja pilihan perkataannya tetapi..mengandungi makna yang sangat mendalam, tajam, membuka minda, menyentuh hati dan membuka pandangan bagi orang yang mempunyai hati budi.

Saya suka membaca buku berkaitan kata-kata hikmah, tak kira dari sesiapa sahaja dan saya akan cuba memahami, menulis, menyimpan, menghafal dan menggunakannya bila berkenaan..

Saya membaca catatan dalam PDA saya semasa saya berkunjung ke Padang dua tahun lepas. Masa tu Ayah Lie masih lagi bersama kami dan menjadi ketua rombongan kami semua. Kata-kata hikmah yang keluar dari mulut Ayah Lie masa beliau memberi ucapan mewakili rombongan kami dari UiTM turut saya catat..Ada setengahnya telah saya masukkan dalam entry terdahulu berkenaan lawatan kami ke Padang.

Mari kita baca, renung dan mencari yang tersirat di sebalik yang tersurat.

_____________

Kata-kata hikmah di bawah saya catat semasa kami singgah minum air pinang muda. Ia tertulis dan ditampal di ruang restoran tersebut..

'Orang yang pesimis adalah mempermasalahkan peluang dari suatu kesempatan. Tapi orang yang optimis adalah menangkap peluang dari suatu kesempatan..'

Saya ingin jadi orang yang optimis!
_________________

Kata-kata di bawah saya catat dalam ucapan Penjaga Rumah Hamka yang memberi ucapan semasa kami berkunjung ke Rumah Buya Hamka ketika itu..

Hidup akan menjadi indah bagi orang yang ada cita-cita. Karnanya Orang yang ada cita-cita pastinya akan selalu bekerja keras dan berusaha'- HAMKA

Saya ingin hidup sebagai seorang yang bercita-cita besar dan melalui hidup yang indah!
_____________

Kata-kata yang cantik disebut oleh Ayah Lie atau Allahyarham Prof Madya Ustaz Ghazali Sulaiman

'Kami datang ke Padang ini menjejak tapak ulama'..
Karna kami tahu di sini bermulanya HAMKA.
Begitu juga di sini adanya jejak perjuangan Pak Naser...

Saya ingin menjadi pewaris kepada perjuangan para ilmuan Islam!

insya Allah...