Thursday, July 9, 2009

Salji, Study Circle dan Temuduga


Main Salji..

Akhirnya tercapai hasrat di hati Aisyah nak tengok salji. Alhamdulillah.. pada hari Selasa 7 Julai, kami satu keluarga ke Mount Baw Baw.. Bertolak jam 8.30 pagi dan balik rumah jam 8.00 malam.






Sebenarnya plan bertukar-tukar beberapa hari ni..


Aisyah cuti sekolah sehingga 10 Julai 09. Dia sibuk nak main salji sebab kawan-kawannya semua pergi main salji kat Mount Buller. Jadi akhirnya kami pun buat plan tergempar.. pergilah jugak sebab nak kejar habis cuti sekolah tapi tak nak pergi masa weekend, sebab ramai orang.. Akhirnya kami satu keluarga jer Melayu kat Mount Baw Baw hari tu.. jadi berkawanlah dengan satu family Singapore dan juga orang-orang puteh semua.




Kawan-kawan kat tempat kami buat rombongan ke Mount Buller. Asalnya kami nak ke sana juga dan plan nak tidur sana, akhirnya dua-dua tak menjadi. So plan bertukar ke Lake Mountain, kata kawan-kawan takde salji pulak. Nak cari yang dekat, akhirnya ke Baw Baw..







Main sungguh-sungguh ler kami sekeluarga..
Main tobaggan sampai sakit seluruh badan, terentak banyak kali kat slope tu.. sakitnyer... tapi Aisyah main non-stop ... seronok sangat. Kami sewa kasut dan seluar snow dari kedai berhampiran. Sewa chain, seluar, kasut, tobaggan, bayar sewa kereta, tiket parking kereta, tiket main tobaggan.. semuanya hampir AUD150. Boleh tahan jugak..

Masa main tak ingat sejuk, tapi masa nak solat jama' zohor dan asar, menggigil-gigil ambik wudhu' dan solat kat sana. Saya teringin nak ambik wudhu dengan air salji tapi tak gamak.. sejuk sangat-sangat, jadi pegi toilet ambik wudhu'... sejuk jugak.. macam air batu beku.. sejuknyer...

Terasa benar kebesaran Allah. Salju adalah satu jenis dari air mutlak, tapi sejuknya hanya Allah yang tahu, macamna orang bersuci dan angkat hadas menggunakan air salju.. entah ler..








Insya ALlah ada rezeki kita pergi tempat lain pulak lepas ni.. insya Allah..

________________

Study Circle

Saya baru balik dari Study circle mlm ini yang dibuat di rumah Julie. Mulanya tak ramai datang, tapi lepas jam 7 pm, makin ramai sehingga penuh sungguh ruang tamu rumah Julie.. ALhamdulillah.. saya memang seronok melihat bilangan yang ramai datang. mudah2an Allah beri kita semua pahala yang banyak..

Saya mulakan dengan mintak tiga anak dara comel baca surah yang dihafalnya.. Mula-mula Iman dulu, lepas tu Hana, lepas tu Aisyah.. seronok betul melihat mereka bersemangat. Semoga dengan diraikan begitu dengan semua orang bertepuk tangan memberi semangat, kanak-kanak akan lebih teruja dan lebih bersemangat nak menghafal.. Saya selalu ingin berusaha menjadikan amalan bersifat agama bukan sesuatu yang lesu, malap dan tidak menggembirakan. Maksud saya, selalunya hafalan dikaitkan dengan susah, duduk mengadap quran, kena tengking bila salah dll..Saya ingin menjadikan anak-anak ni seronok bila bercerita tentang agama mereka. seronok menghafal sehingga menampakkan Islam adalah suatu yang cantik, menggembirakan. Serta menghafal dan beramal dengan alquran adalah sesuatu yang membahagiakan dan menyeronokkan.. Tapi bukanlah sampai membuat sesuatu yang dilarang agama..

Malam ni saya bwa perbincangan tafsir dan pendekatan surah al-Naziaat. Dalam majlis ni juga, saya minta adik-adik yang ada turut mendokan saya..
Semoga saya balik ke Mesia dengan selamat dan tidak sakit, dijauhkan dari sebarang penyakit dan semoga Allah memudahkan semua urusan temuduga saya nanti..
insya Allah.. dengan berkat doa dari semua..

Lepas jam 8 pm, saya dan Aisyah balik cepat ke rumah, kerana malam ini kami buat dinner meraikan Ustaz Razak dan Gie yang akan balik for good pada 15 Julai nanti. Tak sempatlah kami merasa makanan pot luck yang sodap-sodap tu.. hehe..
______________

Temuduga..

Akhirnya email/surat yang saya tunggu-tunggu tiba juga beberapa hari yang lepas.
Timbalan Pendaftar mengirim email memaklumkan saya dikehendaki untuk menghadiri temuduga pada Isnin 13 Julai nanti dengan membawa semua bahan-bahan berkaitan..

Dalam email kedua, beliau memaklumkan bahawa, mereka baru diberitahu saya berada di Australia, dan jika saya tidak balik untuk temuduga, maka saya perlu menunggu mana-mana Timb Naib Canselor yang datang ke Australia atas urusan rasmi yang lain, dan kemudian menemuduga saya. Atau saya balik tetapi tidak boleh menuntut bayaran tiket.

Saya membalas email beliau memaklumkan saya akan balik untuk menghadiri temuduga tersebut dan saya tidak akan menuntut perbelanjaan pergi balik untuk tujuan ini.

Insya ALlah saya akan ditemuduga untuk jawatan Prof Madya pada 13 Julai nanti.
Semoga ada rezeki saya di situ.. insya Allah..
Semoga juga kawan-kawan yang membaca blog saya, sudi mendoakan saya.. amin
Sempena saya out station ini, blog ini juga akan bercuti seminggu dua..