Thursday, July 23, 2009

Najis...

Pendapat Saya..

Ada yang tanya saya sama ada boleh atau tidak lap saja air kencing atau buang air besar kat tandas guna tisu kering. Atau guna tisu yang digulung-gulung jadi bulat besar, pastu basahkan dan lap saja masa buang air. Boleh ker tu?

Saya berpegang pada tak boleh!Kecuali darurat.

Sebab najis mutawassitah (najis pertengahan) perlu dibasuh ain dan hukumnya dengan air mengalir. Saya memang sangat perihatin mengenai najis dan cara penyucian. Saya sangat menjaga..wallahua'lam setakat yang terdaya. Tapi tidak sampai sangat menyusahkan..

Air kencing, buang air besar, muntah, jeluak budak kecik, air mazi, air madi, darah haid- semuanya perlu dibasuh dan dilalukan air.
Justeru, kalau di tandas di sini, pada saya pilihannya adalah:

1-Bawa botol air mineral kecil setiap kali kita ke tandas. Saya menerimanya sebagai satu perjuangan .. Ajar anak kita bawak botol kecik bersama mereka setiap kali mereka berhajat.
2-Jika tak ada botol, maka ambik tisu basahkan banyak-banyak sebanyak dua bijik, jadikan yang pertama untuk lap dan yang kedua untuk lalukan air perah sikit-sikit untuk sucikan diri dan tangan.
3-Kalau tak ada sangat, barulah pakai hukum beristinjak dengan alatan lain apabila tiada air.

Masalah jika lap dengan tisu basah satu gulung, jika digunakan untuk lap najis di tandas, maka najis tersebut sudah berpindah dari tisu tersebut ke tangan. Lepas tu kita pegang seluar atau baju dan keluar dari tandas.. Sebab itu kena ajar anak kita kaedah penyucian yang paling mudah tetapi meyakinkan.. Ada huraian nilaian keprihatinan terhadap najis yang perlu dihuraikan dengan terperinci di sini.

Tapi kalau najis tumpah atas tempat yang sukar dibasuh seperti carpet, tilam besar dan berat, maka gunalah kaedah lain..- buang atau lap najis tersebut untuk buangkan ainnya, pastu ambik kain basah lap atas carpet. Kemudian ambik kain kering lapkan pulak. Pastu ulang sekali lagi, ambik kain lain yang basah dan kemudian lap pula dengan kain lain yang kering.. mudah-mudahan selesai hukumnya. Saya akan jirus air siket sebelum lap lagi sebanyak tiga kali.

Jangan ambik mudah pasal bersihkan najis, kerana saya sangat takut dengan hadis Nabi iaitu;
La tuqbalu solatun bi la tuhur. (Allah tak terima solat tanpa suci. ) Saya memahami hadis ni merangkumi orang tidak menjaga hukum mandi wajib, tidak rata berwudhu', tidak betul bersuci, mengambil mudah hukum najis dan sebagainya.

Kaedah fiqh yang berkaitan juga adalah;

Al-Masyaqqah tajlibu al-taysir
(Masyaqqah akan menyebabkan kemudahan)
Kesukaran akan membawa kemudahan..

Bila kita berdepan dengan kesukaran, Islam akan membuka ruang yang lebar dan memudahkan kita dengan rukhsah. Dengan kata lain, Islam agama yang mudah, bila bertembung dengan kesukaran dalam melaksanakan amalan agama, maka hukum rukhsah (keringanan/kelonggaran/flexibility) akan datang membantu. Kalau tak ada air, kita boleh bertayamum. Kalau tak ada air langsung untuk bersihkan najis di tandas, maka hukum keringanan datang.

Tapi masyaqqah maksudnya hardship yang kuat. Kalau ada jalan lagi, kita perlu usaha. Kalau ada jalan kena cari air, kalau tak ada selepas diusahakan, barulah hukum dilonggarkan.. macam tu ler lebih kurang...

Ringkasnya; saya berpegang kepada play safe, bersusah sedikit adalah lebih baik, daripada cepat mengalah tetapi akhirnya ibadah kita affected dan hati kita akan rasa tak sedap dan tidak yakin dengan ibadah kita..

p/s Pendapat saya mungkin berbeza dengan sebehagian yang lain. Tapi inilah yang saya pegang dan beramal dengan yakin