Friday, July 17, 2009

Bulan Rejab

Bulan Islam

Sekarang kita berada di bulan Rejab dan kemudiannya akan masuk ke bulan Sya'ban dan kemudiannya ke bulan Ramadhan yang penuh berkat. Mulai sekarang ada yang telah mula berpuasa sunat. Bagi yang belum sempat qadha puasa terdahulu, baguslah dimulakan dan dihabiskan dengan secepat yang mungkin.

Saya baru mula untuk berpuasa sunat dengan teratur Isnin minggu depan. Insya Allah..
Kami sekeluarga akan berpuasa minggu depan dengan lebih kerap lagi sehingga masuknya bulan Ramadhan. Insya Allah.

_____

Program Isra' Mi'raj dan Amal Jariah untuk Pembinaan Masjid Melayu

Ahad 19 Julai ini, diadakan program Amal Jariah dan Isra' Mi'raj sempena pengumpulan derma untuk membangunkan Masjid Melayu di Victoria.
Program ini akan diadakan di St Ambrose's Hall, 3 Dawson Street, Brunswick.

Program bermula jam 11.30 pagi dengan jualan pasar ria dan Satay.
Jam 12.15 katanya ada persembahan bakat penduduk Melayu.
Kemudian solat Zuhur berjemaah.

Saya diminta untuk menyampaikan ceramah bertajuk Amal Jariah selepas solat Zuhur iaitu jam 1.20 pm sehingga 2.20 pm.

Kemudian diikuti oleh Persembahan bakat oleh Pelajar Malaysia.
Selepas solat Asar berjemaah, ceramah kedua bertajuk Isra' Mikraj akan disampaikan oleh Br Adli Musa sehingga majlis ditutup pada jam 5 pm.

Mudahan-mudahan usaha penganjur berjaya dan usaha mencari dana untuk pembinaan masjid melayu dimudahkan Allah..