Sunday, July 19, 2009

Penuh..

Program yang penuh..Ahad 19 Julai 09

1- Hari ini kelas Agama Aisyah berlangsung di ILIM, Dallas. Kami hantar Aisyah jam 10 pagi dan kemudiannya saya bersembang dengan 'anak-anak murid' saya sampai jam 11 pagi. Kelas tajwid tak ada hari ini tapi saya bawakan buku Tajwid dan Buku Bacaan Asas 10 Ustaz Harun Din yang mereka kirim. Buku tersebut dibeli dari Darus Syifa', Bangi dengan kebenaran Ustaz yang jaga pejabat tersebut (b/p AJK DS). Kalau dia tak izin, saya tak berani nak bawa buku amalan yang Ustaz Harun Din ajar tu... Tapi Ustaz tu kata, 'Macam yang Tuan Guru ajar, orang biasa boleh baca asas 10 tu tapi jangan claim jadi anak murid Ustaz ler..' Sebab ramai yang minta dan tanya Bacaan Asas 10 tersebut, jadi saya pun bawak ler ke Australia ni.. [Saya dan Abah memang belajar di Darus Syifa' tapi belum ditauliah lagi.. harap2 kami dapat balik masa majlis tauliah akan datang diadakan...insya ALlah..]

2- Jam 11.45 kami berangkat ke Dewan Ambross tempat Program Kutipan Derma Beli Gereja untuk buat masjid diadakan. Orang sudah mula ramai. Lepas solat, saya dipanggil ke atas pentas utnuk bagi sedikit tazkirah mengenai 'Amal Jariah'. Mula-mula saya puji usaha AJK yang bersungguh-sungguh membaut gerak kerja mencari dana membeli gereja untuk tujuan membina masjid. Saya ssangat takjub dengan usaha mereka. Semoga ALlah membantu dan memberi kekuatan dan pahala besar untuk mereka. Kemudian masuk pasal mal jariah, apa beza sedekah jariah dan amal jariah dan amal soleh...Saya sentuh hadis Nabi mengenai terputusnya amal anak Adam kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan dan doa anak yang soleh. Termasuk juga tentang kisah sahabat bersedekah. Kedudukan niat bila beramal, jangan riyak, jangan inginkan pujian. Tapi jika dapat pujian dll, itu hanya sekadar bonus. Tapi niat kita dalam beramal, mestilah bulat semata-mata kerana Allah. Saya juga sentuh tentang kaedah fiqh iaitu, al-umuru bimaqasidiha (amalan dibalas mengikut niat), al-ghayah la tubarriru al-wasilah (matlamat tidak menghalalkan cara). Kisah Robbin Hood, tiga orang beramal tapi tidak ikhlas dan akhirnya mereka gagal masuk syurga iaitu dermawan, ilmuan dan pejuang. Kerana semuanya beramal bukan kerana ALlah tetapi hendaklah gelaran, pujian dan nama semata.. Semoga tazkirah tersebut ada manfaatnya dan semoga saya dan semua selalu ikhlas dalam beramal. amin..

3-Jam 5.30 pm, kami sekeluarga ke rumah Azida di Bundoora. Beliau menjemput beberapa keluarga makan malam. Sedap sungguh Zida masak..

4-Balik jam 8.00 malam, ada tetamu datang ke rumah kami, satu keluarga yang berhajat mendapatkan pandangan mengenai kesnya yang akan dibawa ke Family Court atas tuntutan Child Support dan hak visit sebagai bapa selepas berlakunya perceraian, sebelum dia berkahwin lain. Ini melibatkan kes warganegara Australia yang Muslim. Saya belum fasih mengenai perkara ini, jadi saya akan bawa pada perbincangan dengan kawan-kawan dan pensyarah di law school berkenaan isu ini.

Sekarang jam 12 malam.. saya dah letih sangat dah..zzzzzzzzzzzzzzzzzz...