Tuesday, August 2, 2011

Ramdhan Kareem

Ramadhan..


Kami mula berpuasa hari Isnin 1 Ogos bersamaan 1 Ramadhan. Alhamdulillah berjumpa lagi dengan bulan mulia ini. Semoga kita dapat menjalani ibadah yang terbaik dalam kapasiti kita yang sibuk ini. Semoga ALlah memberi rahmatNya atas semua perkara baik yang kita lakukan.. amin..

Ada satu email menarik ucapan Ramadhan yang saya terima dari Perth. Ianya sangat bermanfaat dan memberi ingatan kepada kita untuk beribadah sebaik mungkin. Terima kasih ya pada Mr Azman from perth kerana sudi mengirim ucapan ini. Saya abadikan di blog ini untuk kita semua...

-------------------





Assalamualaikum,

Alhamdulillah! Bulan yang ditunggu-tunggu, Ramadhan, penghulu segala bulan, kini kembali! Diucapkan selamat menunaikan ibadat puasa dengan sempurna di sepanjang bulan yang penuh berkat ini. Semoga kita semua mengambil kesempatan bonus berganda yang ditawarkan pada bulan yang mulia ini untuk rajin-rajin beribadat, tanpa mengenal penat lelah, untuk mencapai sasaran Ramadhan masing-masing.

Solat fardu berjemaah setiap waktu

Mengaji 1 juzuk Al-Quran setiap hari

Solat tarawikh 20 rakaat berjemaah setiap malam

Qiamullail setiap peluang

Zikrullah dan beristighfar setiap ketika

Beriktiqaf setiap masa

Semoga kita semua bertemu malam Lailatul Qadar. Selamat menjalani "latihan di universiti" Ramadhan dan semoga kita semua mencapai "kepujian kelas pertama". Mudah-mudahan ibadah kita diberkati Allah dengan kejayaan yang sebenar.

Amin.