Saturday, August 20, 2011

Perjalanan PhD

PhD...

Perjalanan PhD saya tak serupa dengan orang lain. Saya bermula dengan macam-macam kisah, ada sedih dan susah, ada gembira dan riang.... dan saya berharap dan beerdoa agar di penghungnya adalah kesenangan dan kejayaan.. insya Allah..

Kadang-kadang, saya termenung mengingat laluan hidup PhD saya ini. Bermula dari tahun 2008 sampailah sekarang, hari ini 19 Ogos 2011, bersamaan 19 Ramadhan.. macam-macam saya lalu.


Saya tak boleh bandingkan dengan orang lain, kerana orang lain tidak melalui jalanan yang sama seperti saya. Ada kawan saya yang bermula indah, dan berakhirnya juga indah. Mendapat tempat dan Supervisor yang baik dan perjalanan PhDnya tidak ada sebarang masalah.. Ada kawan saya yang telah berjaya mendapat PhD dalam 2 tahun 6 bulan, ada yang 2 tahun 8 bulan.

Namun masa yang sama, ada kawan-kawan saya yang selesai PhD dalam tempoh 3 tahuan cukup, ada yang 3 tahun 2 bulan, ada yang 3 tahun 6 bulan, ada yang 4 tahun, ada yang 4 tahun 3 bulan, ada yang 5 tahun dan bermacam-macam..

Saya berapa tahun ya... entah la.. belum tentu!

Kata-kata yang selalu saya pegang adalah,

'Allah menguji sesiapa yang Dia mahu
Allah memberi nikmat kepada sesiapa yang Dia mahu
Allah membuka rezeki yang luas kepada sesiapa yang Dia mahu
Allah juga menyempitkan rezeki kepada sesiapa yang Dia mahu..

Justeru, saya bersyukur dalam setiap onak dan duri
bertawakal di atas setiap usaha dan azam
dan berlapang dada atas setiap ketetapan Allah..

Dengan cara itu, kita akan selalu bersangka baik atas setiap apa yang Dia putuskan..

Saya akan terus berusaha..

Setapak demi setapak..

Kerana seperti kata hikmah orang dulu-dulu,
'Perjalanan seribu batu, bermula dengan satu langkah'.

Justeru....kita jangan berhenti melangkah! Terus melangkah...

------------------

Extension..

Saya terima surat KPT bertarikh 11 Ogos 2011, tiba di Reservoir Victoria Australia pada 18 Ogos 2011. Saya bersyukur pada Allah...Alhamdulillah...
Permohonan extension saya diluluskan oleh KPT untuk 6 bulan berbiasiswa-dari 1 Dec 2011 sehingga 30 Mei 2012.

Saya akan berusaha menamatkan larian dalam tempoh diberikan.. insya ALlah..

Terima kasih kepada Boss saya yang mempercayai bahawa saya mampu. Beliau menyokong permohonan saya dan memajukan permohonan saya kepada Jabatan Biasiswa UiTM. Akhirnya dimajukan ke KPT. Terima kasih dan Alhamdulillah!