Monday, August 8, 2011

Puasa

Puasa Tahun ini..

kali ini kami berpuasa di bumi Melbourne untuk tahun ini. Mungkin ini kali terakhir kami berpuasa di bumi kangaroo.. hanya Allah yang tahu.

Saya dan Aisyah seperti yang lain, berpuasa, berbuka, bersahur dan bertarawikh.. Merata-rata saya dan Aisyah pergi. Hari pertama 1 Ogos lepas, kami berbuka di surau Univ la Trobe. mengenangi kenangan saya tahun sebelumnya.. saya rindukan suasana lama.. tapi Allah menggantikan dengan suasana yang baru.. Hanya Dia pemilik segala perjalanan hidup insan.

Di surau, ramai rakan2 Mesia berbuka di sana. Selepas berbuka, saya dan Aisyah keluar untuk ke kelas tekwondo Aisyah. Kisah tekwondo juga adalah perjalanan yang menarik. Kelas AIsyah ditukar ke hari Isnin dan Rabu jam 6.20 - 7.20pm, selepas berbuka. Aisyah kena berlatih serius siket untuk tekwondo untuk naik ke tali pinggang hitam September nanti. Maknanya malam kelas tekwondo, saya perlu menyusun jadual supaya dapat berterawih di surau la Trobe atau solat di rumah sahaja. Saya hanya buat 8 rakaat sahaja.

Malam kedua, saya dan Aisyah ke surau LA Trobe juga. Bertemu dengan Sister Kamilia yang mempunyai anak hafiz seramai 4 orang lelaki dan seorang perempuan. Semuanya menghafal quran dan menjadi imam di masjid2 semasa tarawikh. Subhanallah.. Mengenali beliau adalah satu rahmat yang besar untuk saya. Ia membuka nilai baru dalam diri saya, betapa hebatnya usaha beliau berbanding usaha saya. Sister kamilia berasal dari Itali, seorang katolik dan memeluk islam, berkahwin dengan seorang Sudan. menetap di Bundoora, mempunyai 5 anak, dan semuanya menghafal quran.. Masya Allah..

Malam ketiga, saya dan Aisyah ke Masjid Preston. Subhanallah... mengalir air mata saya mendengar imamnya baca Quran. Rasa macam solat di majidil haram..

Rindunya saya untuk ke Mekah. Semoga ada rezeki. Saya bagitau Aisyah,
'Aisyah... nanti bila Umi dah dapat habiskan PhD ni, Umi dengan Abah nak bawak Aisyah ke Mekah. Kita buat umrah ya.. kita bawak Tok Ma dan Tok Ayah, Atok dan Nenek. semua sekali kita pergi umrah..insya ALlah..'

Aisyah gembira sangat..'Ye ker Umi.. Aisyah dah tak sabar nak tengok kaabah.. eiii bestnya... Umi cepat2 lah habis PhD, nanti kita pergi Umrah..'


Insya Allah... saya berdoa di bulan yang mulia ini..

'Ya Allah, mudahkanlah urusan hidup kami, di dunia dan di akhirat..
Mudahkanlah saya habiskan urusan PhD ini..
amin..