Monday, March 1, 2010

Study Circle

Rumah Asra-Wadi

Hari Jumaat masa Maulidurrasul hari tu, 26 Feb 2010, dibuat Study Circle kat rumah Asra-Wadi di St Vegeon St. Ramai yang datang, lebih kurang 25-30 orang kalau tak silap saya. Makanan pun bukan main banyak.. Alhamdulillah...

Majlis bermula jam 7 mlm. Kami baca yasin sama-sama. Kemudian, saya bawa tazkirah bertajuk Tafsir Surah Yasin dan kemudian dikaitkan dengan kisah Nabi sempena Maulid.

Perkara yang saya highlight dari surah yasin adalah mengenai kisah lelaki yang beriman sedangkan kaumnya menolak Nabi-Nabi dan akhirnya lelaki tersebut masuk syurga dan berkata, 'Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui'. Kaumnya yang menolak Nabi dengan kata-kata mereka bahawa teguran dan ajaran nabi membawa musibah dan malang pada mereka.

Saya katakan, dalam kehidupan kita, akan ada orang baik dan akan ada orang yang tidak mahu jadi baik. Ditegur dan diberi ingatan seperti mencurah air di daun keladi. Bodoh sombong kata orang tua-tua.. tak tahu tapi marah dan membantah bila ada orang memberitahu. Semoga kita jauh dari sifat sebegitu.

Pastu saya ceritakan tentang ayat motivasi yang Allah terangkan bila orang rami menuduh nabi penyair, orang gila dan lain-lain. Allah kata, 'jangan kamu sedih...' Saya highlightkan bahawa, dalam hidup kita, kalau ada apa-apa yang menyebabkan kita sedih, jauh hati kerana dihina, difitnah sedangkan kita berada di jalan yang benar, maka kita jangan mundur ke belakang. Perlu terus bergerak ke depan, ingat pujukan Allah..'Jangan kamu susah hati ...' Allah mengetahui semua perkara.

Dan akhirnya ayat akhir 'kun fayakun'. Allah yang mencipta matahari dan bulan, malam dan siang, bumi dan langit, angin dan air.. KepunyaanNya semua di langit dan dibumi.. Allah adalah Tuhan seru sekelian alam, Maha mencipta dan Maha memberi.. Bila Dia berkehandak, Dia hanya berkata 'Kun' fa yakun..'

Justeru, kita kena ingat selalu, siapalah kita dibandingkan Maha Besar Ilahi..Kalau kita ada masalah dalam hidup, sakit atau apa sahaja yang kita alami, kita kena berusaha berikhitar menyelesaikannya. Tapi jangan lupa Allah Maha berkuasa, dia boleh memberi sekelip mata, menarik juga dengan sekelip mata. Dia hanya berkata kun fa yakun.
jadi maka jadilah... Jadi, jangan lupa berharap dan berdoa kepada Allah. Patuh pada apa yang Allah suka, dan jauhkan diri dari apa yang Allah tak suka.. Itulah namanya Mukmin.

Penutup tazkirah malam itu, saya highlightkan sedikit sejarah Nabi. Bahawa Rasulullah berjuang sehabis umur menegakkan agama dan mengajar umat menjadi baik, maka kita juga perlu berusaha menjadi umatnya yang baik.

Kasih sayang nabi pada umatnya perlu selalu menjadi ingatan dalam hati kita..

Jika orang sayangkan kita, apakah balasan kita untuknya?