Saturday, March 13, 2010

Perjalanan..

Jumaat 12 March

Masa Aisyah pergi camping, sebenarnya saya tak berani nak tidur sorang..hehe...
So dua malam tu saya takde kat rumah, saya pergi sleepover kat rumah Kak Som, kawan Singapore yang tinggal di Plenty Road. Saya ke pejabat pagi jam 8.30pg dan balik ke rumah kak Som jam 8mlm. Kira balik tidur je la.. Terima kasih ye Kak Som.

Petang Jumaat jam 3.30 pm, saya ke sekolah nak fetch Aisyah dari camping. Ramai Mak ayah tengah tunggu anak masing-masing kat tepi pagar sekolah. Jam 3.45 pm, bas sampai.. buhhhh semua parents pakat serbu nak tengok anak masing-masing.. isy isyy ... sabar sabar....

Aisyah balik... muka letih jer... terus tertidur dalam kereta. hehe...

Lepas bangun tidur... bla bla bla..... banyak betul Aisyah berstory..
Dia kata tak cukup tidur sebab tu letih sangat... hehe..

Aisyah kata nanti dia nak tulis pengalamannya dalam her own blog.. Kita tunggu yer...

_______________

13 March Sabtu..

Aisyah bangun lambat. SOlat subuh jam 7pg. Tak dapat bukak mata.. Saya kesian jugak tengok dia, jadi saya biar jer dia tidur sampai waktu kecederaan... Subuh habis 7.15pg, so pukul 7 saya kejut dia... Punyalah susah nak bangkit! macam balas dendam tak dapat tidur kat camp.. hehe..

Jam 10.15pg, kami bertolak ke Mesia Hall untuk majlis Maulidurrasul anjuran EHSAN. Umi salwa pergi sekali dangan kami. Ramai jugak yang hadir, Saya rasa boleh capai 100 orang. Alhamdulillah saya seronok dengan program sebegini, dengar Ustaz Nushi dan Ustaz Khairul punya pandangan memang best.

Sebenarnya Zaem Presiden EHSAN dah kasi soalan apa nak ditanya, tapi sebab saya sangat-sangat sibuk nak siapkan bahan yang saya janji nak emailkan pada Dr Zaha, jadi saya tak sempat baca apa-apa sebelumnya untuk program pagi tersebut. Alhamdulillah lepas Subuh pagi tadi sampai jam 9pg, saya sempat draf jawapan untuk 3 soalan yang diberikan..

nanti saya akan isikan soalan dan jawapan esok kat sini.

Lepas program Maulid, saya perlu hadir pula mesyuarat MASCA di Mesia Hall juga. Aisyah duduk di belakang, did her colouring, main komputer, bukak blog dia dan lain-lain. Tapi lepas sejam, Aisyah sudah tak tertanggung lagi keboringannya.. Sekejap sekejap tanya..
'Umi.. bila nak balik..
Umi bila nak balik...
Umi bila nak balik....'
Akhirnya saya minta diri keluar masa meeting tengah berjalan..

Kadang-kadang saya kesian juga tengok aisyah, tapi sebenarnya, bagus juga Aisyah ikut saya ke sana ke sini. Dengan cara itu, saya harap Aisyah akan memahami perjalanan hidup saya, perjuangan, dakwah, kesungguhan, kepayahan, keletihan, kesedihan dan segalanya yang terkandung dalam erti hidup sebuah perjuangan..insya Allah.

Kerana dakwah perlu berjalan terus..
Semoga dalam kesusahan, Allah memberikan saya kemudahan..