Friday, March 26, 2010

Perjalanan..

Langkah demi langkah..

22 March Monday

Hari tu saya hanya hantar Aisyah ke pagar sekolah dan tak tunggu perhimpunan sekolah seperti biasa. Sekarang saya hanya letak Aisyah dan terus ke pejabat. Sebabnya, saya kena berebut untuk cari parking free di luar universiti. Disebabkan tak ada parking permit, maka terpaksalah berebut-rebut mencari parking kosong yang memakan masa 15-20 mt jalan kaki ke pejabat saya..
Kalau hari-hari saya berjalan macam ni pergi balik, mau kurus keding saya.. hehe...

Ok, cite Aisyah.. Masa perhimpunan, rupanya ada cabutan bertuah. Bertuah sungguh anak Umi hari ni rupanya.. Principalnya mencabut nama pelajar Aisyah. Miss Hinsley ambik dari envelope besar dan panggil nama Aisyah.. Aisyah dapat hadiah..Apa hadiahnya tu? AUD100.00 ..

Seronoknya... Aisyah cite, 'Umi, I was so surprised and could not believe that I was the one. I was so excited and when I walked to the stage, my legs were moving, shaking... hehe...'

Alhamdulillah rezeki Aisyah...

____________

Rabu 24 March 10

Jam 11.00 pagi, saya kena mengadap Supervisor saya. Alhamdulillah, kali ni saya berjaya menyakinkan dia bahawa apa yang saya buat adalah bersesuaian dengan focus saya.. Mudah-mudahan perjalanan PhD saya dimudahkan Allah...amin..

Petang, saya minta Aisyah balik sekolah dengan Zafira dan minta Mama Zafira tolong jaga Aisyah sebab saya nak ke Melbourne Uni. Law School menganjurkan CEDAW dialogue and women's right jam 4.00-6.00pm. Tajuk yang saya minat. Saya pun ke sana naik train dan tram. Saya ada tanya soalan pada pembentang about CEDAW Committee and honour killing. Pembentang adalah Christine, Pengarah CEDAW Australia and also Simone, a researcher for CEDAW. Habis jam 6.00pm, saya bersembang sekejap dengan Simone.

Lepas tu, pergi solat di surau. Lepas solat, saya dah tak dapat tahan dah, perut saya lapar sangat, berbunyi-bunyi sampai rasa nak muntah. Laparnya...

Nasib baik Norsiah Cafe masih buka, saya makan nasi dengan bersunguh-sungguh.. Alhamdulillah... kenyang.. Kena $6.50.

Saya balik, sampai rumah Zafira jam 8.10mlm, tak solat maghrib lagi so saya tumpang solat kat rumah dia, dan jam 9.00mlm, baru balik rumah.. Letihnya... lepas solat isyak terus tidur..

_______

25 March 10 Thursday

Pagi ini, saya tak buat kerja saya di opis. Tapi saya tolong Sham. Dia tengah sedih dan takut sebab dia rasa dia masih belum tepat dalam susunan proposal dan susunan Chapter 1 nya. Dia suruh saya baca yang dia dah tulis.

Saya kata, 'Ko tinggal ler dulu, karang aku baca..'
Tapi Sham tak percaya, Dia kata, 'Aku tak nak tinggal. Aku tahu ko tak baca kalo aku tinggal. Aku nak ko baca sekarang jugak...'

Dan Sham berjaya ... hehehe...
Saya memberinya 3 jam pagi tersebut dan akhirnya dia gembira dan tenang kembali..

Alhamdulillah ada kawan..
Kalo saya susah hati, Sham yang jadi mangsa.
Kalo dia susah hati, saya yang jadi mangsa.. Kami saling mangsa memangsai.. hihihi...

__________
26 March 10 Friday

Hari ni hari last sekolah penggal 1. Balik jam 1,30pm.

Hari ini juga petang jam 6.30pm, saya dan Aisyah ke rumah nani, ada study circle, discussion kali ini about kesihatan disampaikan oleh Dr Noriah. Ramai yang datang..

Hari ini juga, artikel saya disiarkan dalam Berita Harian bertajuk Rebut Anak.

Hari ini juga, Abah balik ke Melbourne. Aisyah sangat gembira. Dia dah siapkan satu kad untuk abah. Jap lagi, kami akan jemput Abah di airport. amin..