Wednesday, March 24, 2010

Cite Joke Lagi..

Darah...

Minggu lepas, Aisyah tanya, 'Umi, how do we know that we are baligh or not?'

humppp soalan PhD....

"Baligh tu bila Aisyah dah sampai umur, dah period.. baligh lah tu.. Masa tu you have to be a good and obedient Muslim, sebab kalau Aisyah solat, jaga aurat, Aisyah dapat pahala. If Aisyah malas solat, buat things that Allah doesn't like, nanti Aisyah dapat dosa.."

'I know.. tapi how to know Aisyah dah baligh..'

humpppp... kena cerita ler ni..

'Ok, like this.. once Aisyah dah besar, nanti Aisyah period. '

'Period tu macamana??'

'Umppp.. period tu maknanya Aisyah dah baligh lah..'

Berbelit-belit cikgu nak story.. hehe...

'Ok ok.. camni.. Nanti sampai masa Aisyah akan tengok darah keluar dari tempat wee wee Aisyah. Masa tu kena pakai pad. Itu maknanya Aisyah dah baligh lah tu..'

"Eiiiii takutnya... sakit tak Umi...eiii sakitnya kuar darah...Aisyah tak nak lah baligh..."

'Tak sakit.. macam Aisyah wee wee, sakit tak? Tu lah baligh namanya..'

'Ooo bila agaknya Aisyah nanti baligh ye Umi?..'

entah ler.. tengok la keadaan..

Ok habis cerita....
____________-

Sementara Abah balik Mesia, Aisyah tidur dengan Umi. Minggu lepas, dah habis pasal story about baligh-baligh ni..

Malam tu sepertimana biasa, Aisyah tidur dengan saya..
Dia ni tidur lasak.. Kadang-kadang kaki kat perut saya, kadang-kadang kepala kat kaki saya ler.. tah apa-apa..
Pagi tu, saya bangun kol 5 pg. terus pergi ke toilet ambik wudhuk, insya Allah harap-harap sempat dua rakaat tahajut. Lepas kuar dari toilet, saya masuk bilik dan bukak lampu.

Terkejut badak saya tengok ada darah kat atas tilam.

Terus saya panggil Aisyah..

'Aisyah... Aisyah bangun.. Aisyah dah baligh ker... Ya Allah, baru 8 tahun dah baligh ke anak Umi ni...'

Aisyah bukak mata..'Hahh apa Umi..'

'Aisyah.. cepat cepat bangun..Napa ada darah ni.. Aisyah dah baligh ker.. Saya pun pusing belakang Aisyah, tengok kat seluar dia.. aikkk takde darah pun kat seluar dia..Napa ada darah kat cadar ni???

Musykilnya...

Saya pun tak puas hati, suruh Aisyah bangun..

Aisyah pun pergi toilet..

Lepas tu dia masuk bilik..

'Umi... Umi...
Masa tidur tadikan, gigi Aisyah tercabut...'

Laaaa hehehe... darah gigi tercabut rupanya... kah kah kah...