Sunday, March 28, 2010

Air Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya..

Air Tenang Jangan Disangka Tiada Jerung...

Apa punya tajuk.. hehe... Tak cun langsung.

Maksudnya, dalam laluan hidup yang biasa kita lalui, dan kita rasa selesa dengannya, jangan kita beranggapan kita tidak akan menemui sesuatu yang lain.

Ada.. cuma masanya sahaja yang tak pasti!

Air yang tenang, selesa dan mengalir lembut jangan kita juga terbuai sama.
Kita perlu bersedia dengan kemungkinan tidak terjangka!

Angin sepoi-sepoi bahasa yang kita rasai, hari demi hari boleh membuat kita terbuai..
Jangan..
Jangan kita terbuai sehingga tidak membuat persiapan menghadapi saat angin kuat.

Peribahasa ia boleh juga ditujukan pada keadaan, masa, manusia dan lain-lain..
Seperti orang yang kita sangka baik, nampak baik tapi rupa-rupanya boleh melakukan sesuatu yang kita tak jangka..
__________

Itu mukaddimah dulu..

Ceritanya begini...

Kami dah lama guna kereta hijau. Kereta ini bukan saya beli. Ia kereta Niza yang balik Mesia dan dia minta saya guna dan sekali gus jaga. Saya pun jagalah kereta ini. Pakai kereta ni pergi pejabat, hantar Aisyah ke sekolah dan lain-lain. Hantar service bila masanya, jaga enjin dan lain-lain.

Saya pulak memang dhaif bab technical ni. Yang jaga enjin sebenarnya Abah, not me.. Saya tak dapat nak tangkap bab enjin-enjin ni. Yang saya tahu adalah saya tulong bawak jer...

Berlalulah hidup kami seadanya dengan nikmat Allah yang diberikan melalui sahabat yang baik iaitu Niza. {Niza akan balik sini tengah tahun ini. Saya kena beli kereta lain sebelum Niza datang..Saya plan nak bayar juga some sort like hadiah sumbangan terima kasih pada Niza kerana sudi pinjamkan kereta ini pada kami sekeluarga. Terima kasih ya Niza}

Hujung tahun lepas, ada sekali tu, kete ni tak leh hidup kat depan sekolah teakwondo Aisyah. Masa tu Abah yang drive. Akhirnya selepas ding dong ding dong.. Abah mintak bantuan Cik Din, guna RACV Cik Din tow kereta ni ke Kedai Mekanik Ahmad. Terima kasih juga pada Cik Din.

Lepas tu kereta ni pun cun balik...
Kami pakai tanpa sebarang masalah..
smooth saja..

Masa Abah balik Mesia, dia risau kalau jadi apa-apa pada kete ni masa dia takda, jadi dia suruh saya pergi beli insuran third party dan juga RACV. RACV tu macam AAM kat Mesia. jadi saya pun baru lagi pergi ke Nothland bayar semua sekali AUD417 untuk dua perkara tu. Dalam hati saya rasa mahalnya..

Nak jadi cite, hari Jumaat 26 March, saya dan Aisyah keluar ke airport nak ambik Abah yang baru balik dari Mesia. Ok ler masa jalan tu..

Tetiba..

Lepas keluar dari airport dan dah nak masuk ke highway yang hala ke rumah kami, tetiba bunyi cam belt putus..
'Ihh... bunyi apa tu?'

Saya gabra dah...
'Nak buat camna ni Bah?'

Abah pun berentikan kereta, depan siket dari jambatan. Dia bukak tempat engin dan cuba tengok apa yang bunyi.. Tapi tak nampak sebab gelap.

Nak jadi cite, lampu suluh yang ada dalam kete bateri dah kong, so tak nyala..


Masa tu macam-macam keluar dalam kepala saya..
'Isyy kalau ler saya mintak Din (hubby Sham) jemput Abah, tak de jadi macam ni..'

Tapi lepas tu saya fikir sekali lagi..

Dan beri tazkirah pada diri sendiri..

'Ini Allah uji siket dah gabra..
kalau ler kete rosak kat highway on the way to airport.. adusss lagi saya panic kalau sendirian dengan Aisyah.. Ini mujur lepas jemput Abah, so Abah ada boleh uruskan..
Kalau ler rosak di highway yang kete punyalah banyak, mana nak duduk sementara tunggu bantuan .. '

Akhirnya saya kata sendiri..
'Ye lah.. mujur rosak kat sini.. dan mujur ada Abah, mujur dekat dengan lampu jalan, mujur before masuk highway... Alhamdulillah, ...


Abah pun call RACV..

Saya tak call kawan-kawan minta tolong sebab dah lewat malam sangat..

Akhirnya RACV datang dengan lori besar nak tow kereta kami. Pastu taxi datang untuk bawak kami balik ke rumah.. Luke, budak muda RACV yang datang ke tempat kami sangat ler baik dan peramah. Dia sembang macam-macam..

Last sekali, dia kata..'It's fortunate for you to have RACV. If not, at this hour, it will cost you more than $500..'

Akhirnya kami sampai ke rumah. Kerte di tow sampai depan rumah dan taxi sewanya $40 RACV bayarkan.

Hari isnin 29 March, paginya kami call RACV sekali lagi dan lori RACV pun datang dan tow lagi kete ke kedai Basham, Mekanik di Preston..

Habis cite...

Citenya tidaklah power sangat tapi moral of the story..
"Alangkah baiknya jika kita bersedia dengan kemungkinan yang terjangka dan tidak terjangka dalam mengharungi hidup ini.. Biarpun setiap sesuatu ada hikmahnya, tapi tawakal dan berserah harus datang dengan persiapan dan kesungguhan..Jadi kalau pakai kete baru, mungkin tak yah ler beli AAM or RACV tapi kalo pakai kete lama.. pergi ler beli... hehe.. "

upppss... Lagi satu,

Ada sorang kawan saya terlanggar kete orang dan tuan punya claim $800, ding dong ding dong.. dapat turun jadi $600. Dia tak beli insurance third party, Saya bagitau dia kemarin, 'Pergilah Northland bayar $300 untuk third party insurance.. harap2 kalau nak jadi sesuatu, kita ada insurance cover. .. Dan dia kata, dia nak gi beli ler lepas ni...
Kepada kawan saya yang kena tu, 'Sabar yer..'