Sunday, March 7, 2010

Blogger and blogging

Buang masa atau ambil masa..

'Kenapa blog awak tak macam blog Ustaz Saifulislam.com or Ustaz Zaharuddin ker.. banyak tazkirah ..' Tanya kawan saya dulu sambil ketawa..

'Blog saya macamana? Blog dia orang macammana lak?' Tanya saya balik..(ketawa jugak..)

'Blog awak cerita jer.. Blog Ustaz Zaharuddin ada banyak info pasal ekonomi islam. blog saifulislam pun banyak cerita kisah-kisah tauladan, kisah nabi ..Ada soal jawab agama..Blog agama ler.'

'Uhmmmppp.. .. sebabnya blog saya tu memang dari awal saya tak niat nak buat blog agama or soal jawab agama. Sebab dah banyak blog atau website kita boleh cari kalau nak tahu soal jawab agama. Saya pun suka pergi blog dia oranng.. Blog saya ini untuk saya cerita apa sahaja yang saya lalui. Lagipun dia orang tu orang hebat, terkenal seantero mesia, saya ni terkenal kat mana.. hehe...Kalau ada sedikit manfaat pada pembaca, itu pun sangat baik. Kalau tak dapat apa-apa, kira macam baca laluan hidup saya saja ler....hehe...'

Sebenarnya blog ada banyak kegunaan. Ia boleh jadi medan dakwah. Ia juga boleh jadi tempat menyebar yang baik atau menyebar yang buruk. Ia boleh digunakan untuk mendapat pahala, dan ia juga boleh digunaakan untuk membuat dosa. Pendakwah moden yang pandai IT tidaklah ramai sangat.. sebab itu saya sangat takjub dan hormat pada Ustaz Zaharuddin melalui zaharuddin.net, Ustaz Hasrizal mellaui saifulislam.com dan juga yang lain-lain..

Dalam kes saya..
Blog saya memang caca marba..
Isi segala perkara...

Being a blogger and keep blogging adalah kegemaran saya...

Namun ada kebaikan pada blog saya ini..
Masa saya dah ada di Melbourne, saya tinggalkan semua fail peribadi di rumah Shah Alam. tetiba masa bulan June 2009, Pendaftar UiTM hantar email mintak saya emailkan kepada mereka CV terkini bermula dari saya dapat Pensyarah Kanan tahun 2005 sehingga Mei 2009 dalam masa 4 hari untuk pendaftar kirimkan pada 3 Professor yang menilai kenaikan pangkat saya ke Prof Madya. terkejut badak saya....[hehe..]

[CV softcopy yang basic memang ada dalam komputer saya, yang tahun 2005 ke 2007 tak berapa lengkap jadi saya terpaksa isi dengan sangat terperinci tahun-tahun akhir dari 2007-09..]

Alhamdulillah saya ada blog ni.. Jadi saya tengok dari awal entry sampai ke hari entry. Disebabkan saya mencatat semua seminar yang saya hadir sama ada sebagai pembentang atau sebagai peserta, tulisan saya dalam Berita Harian, buku yang diterbitkan, bila saya dapat tauliah sebagai Peguam Syarie Selangor dan Wilayah dan apa sahaja perjalanan hidup saya yang relevan dengan CV terkini, maka saya berjaya mengisi dengan tepat, tarikh dan tempat dan saya berjaya menghantar email kepada Pendaftar dalam tempoh 2 hari sahaja. Cuba bayangkan kalau saya tak ada blog ini.. Kan terkial-kial saya nak cari apa saya buat dalam tempoh tersebut... Uhh sakit!

Lagi satu, ada kawan saya yang ceritakan dia terfikirkan apa contribution bulanan dia pada keluarga bila dia baca tentang Dana keluarga saya. Dia terfikirkan kerjasama adik beradiknya berbanding adik beradik saya dalam menjaga kebajikan mak dan ayah. Mungkin ada yang melaksanakan jauh lebih baik dari saya. Tapi bagi yang tidak memberi sumbangan bulanan untuk wang saku sebagai membuktikan penghargaan kita kepada ibu ayah, maka mudah2an dengan membaca laluan hidup saya, ia dapat membuka mindanya dan mengambil tindakan yang sama atau lebih baik lagi.. Ada bagus juga cerita saya ni kan??
____________

Sekarang back to cerita perjalanan hidup saya..

Pada hari Ahad 7 March saya hantar Aisyah ke sekolah agama di ILIM, Dallas jam 9.30pg. Lepas sembang-sembang dengan kawan-kawan Singapore, cikgu-cikgunya, saya pun balik rumah buat kerja. Saya tengah tulis literature review sekarang dan tengah menyusun chapters yang saya plan untuk keseluruhan thesis saya. Selepas berbincang dengan Dr Zahar dan Ustaz Razak, saya rasa pencarian saya semakin nampak hala tujunya.. Insya Allah..

Lepas ambik Aisyah, solat zuhur di ILIM, petang dalam jam 4.30pm, kami berdua ke Brunswick West, tengok Program Warisan Melayu, Anjuran Persatuan Melayu Victoria. . Saya pergi bagi meraikan jemputan PMV hari tu.

Saya dan Aisyah pusing-pusing gerai, berjumpa dengan kawan-kawan Singapore, tegur sekejap dengan Pengerusi Persatuan Melayu Victoria dan sempat beli air cendul dan nasi ayam. Lepas dalam 20 minit kat sana, saya mintak diri ler nak balik. Sebaabnya, saya tengok langit dah mula nak gelap, saya cepat-cepat ke kereta dan drive home. Sampai ke rumah saja, masuk dalam rumah... bruuuuu hujan turun dengan lebatnya..

'Alhamdulillah Aisyah yer.. kita sempat sampai rumah. Kalau tidak, Umi takut nak drive hujan-hujan. ' kata saya le pada Aisyah...

Aisyah iyakan jer.. Dia gembira sebab air cendul kegemarannya sempat dibeli. Habis satu gelas besar diminumnya...

Melbourne semalam hujan lebat sampai banjir. Hujan air batu dan bandaraya Melbourne kandas kerana kerosakan yang agak teruk. Untuk seminggu dua ini, lebih baik elakkan diri dari ke bandar Melbourne.

Apa pendapat saya mengenai Program Warisan Melayu tersebut?

Ia program yang baik. Tapi pengisiannya masih banyak perlu dibaiki. Itu sajal ler yang boleh saya kata.. Apa pun tahniah pada PMV yang berusaha menjayakan majlis tersebut.