Tuesday, March 16, 2010

Forum Maulidur Rasul 13 March

Draf Jawapan Maulidur Rasul 13 March 2010

Forum tersebut dipengerusikan oleh Hanif. Saya sediakan draf jawapan tapi sebab masa agak suntuk, jadi Hanif tanya dua soalan saja. Saya memang selalu buat draf jawapan, kadang-kadang dalam bentuk point pendek, ada kala bentuk mind map, tengok mana yang sempat. Tapi bila saya bercakap, saya hanya sebut setakat mana saya teringat saja, sambil tengok sepintas lalu kertas catatan.. Banyak yang saya draf tapi saya sendiri tak explain sebab tak teringat. Selalunya saya draf kalau ada ceramah besar, tapi kalau usrah, saya tak sempat nak draf apa-apa, saya terus baca kitab masa usrah atau study circle tersebut. Bila saya rajin, isi draf ceramah saya tulis ayat lengkap menjadi artikel untuk dihantar ke majalah. Saya tengah menulis beberapa artikel sekarang ini. Salah satu berkaitan dengan sambutan maulid Nabi.insya allah harap-harap sempat menulis dalam kesibukan yang ada..

Semoga apa yang dibincangkan hari tersebut ada manfaatnya..
amin..
_________________

Soalan Puan Hidayah:
Setelah meninjau bagaimana suri teladan Rasulullah saw dari aspek diri, bagaimanakah kita selaku umat baginda saw boleh mencontohi baginda dari aspek kekeluargaan – kita sebagai anak-anak, kita sebagai ibu dan ayah dan kita sebagai seorang suami dan isteri?Contoh-contoh sirah yang utama dan praktikal dari aspek berkenaan yang boleh kita ambil pengajaran untuk diamalkan?

Jawapan:
Ada yang minat Awie.. minat Siti Norhaliza.. Angie Brad...beli URTV, beli majalah hiburan, tengok cara mereka pakai, tahu bila lahir, suka makan apa, sakit apa, show kat mana.. bergaduh ke dah cerai ker... Kita hayati kisah hidup dan melihat mereka dengan pandangan mulia.. Kita marah bila orang kutuk mereka dll- Itu tandanya kita sangat kasih dan mengidolakan mereka walaupun mereka tidak tahu pun kewujudan kita.

Macamna antara kita dengan Nabi Muhammad? Ada artikel saya baca mengenai pandangan yang cuba menolak supaya jangan lebih2 sangat cintakan Nabi sebab Nabi adalah insan. tumpuan patut diberikan pada al-Quran dan bukan diri Nabi SAW. Mukjizat yang berkaitan dengan diri Nabi SAW cuba dikecilkan.

Antara alasan mereka- seumpama posman dengan surat. Kita baca surat je, posman tu kita ucap terima kasih cukuplah sebab itu memang kerjanya hantar surat..Boleh kah kita umpamakan sebegitu?
Tidak..

Posman tak tahu apa isi surat kita. Dia hantar dan balik. Dia tidak mencintai kita sedangkan Nabi Muhammad menghayati, berusaha sepanjang umur menyampaikan islam, membawa umat menyembah Allah dan membawa jalan ke syurga..
Tapi perlu dibezakan antara mencintai dan mencontohi dengan memuja sehingga ke tahap menjadikan seperti anak Tuhan dan lain-lain seperti Jesus.

Dalam ilmu Usul Fiqh, peranan Sunnah/Hadis adalah:
-menghuraikan al-Quran
-melimitkan hukum dalam Quran
-membawa hukum baru yang tidak dinyatakan Quran
-membawa contoh tauladan untuk umat

* Nabi jadi contoh untuk kita dalam semua perkara sebagai insan.. Bila kita kasihkan nabi, kita mestilah tahu siapa Rasulullah SAW, kita baca mengenainya, cuba beramaldan berkelakuan seperti baginda dan berusaha melaksanakan seluruh pesanan dan ajaran baginda dalam semua aspek kehidupan.

'Dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang Yang melanggar perintahNya).(al-Hashr 59:)

Sejarah tunjukkan Nabi tidak sempat merasai kasih sayang seorang Ibu atau Ayah.. mencari kasih dari datuk, bapak saudara dan akhirnya kepada isteri. Sebagai anak, Nabi tak sempat berbakti kepada ibu bapanya, jadi mana ada contoh sebagai anak sebab ibu bapa Nabi dah meninggal awal?. Jawapan- Ada yang kita contohi dari amalan nabi sebagai insan terpilih secara umum- spt cara Baginda tidur, makan, bergaul. Ada melalui teguran Baginda kepada orang lain dan juga melalui ajaran dan perintah Nabi. -Sebagai anak- Nabi pesan, ‘Uq liwalidaini…’ Menghormati ibu bapa, ‘Al-jannatu tahta aqdamu ummuka’. Anak lelaki mesti menjaga kebajikan ibu bila ayahnya tiada. Tidak melebih-lebihkan isteri sehingga meninggalkan ibu bapa sendiriaan.’ Rasul dan seluruh kehidupannya adalah contoh. Banyak contoh dari kita sebagai anak-anak, kita sebagai ibu dan ayah dan kita sebagai seorang suami dan isteri.

_________________ Panel Ketiga : Puan Hidayah

Rasulullah saw seorang yang cukup syumuliyy sebagaimana Islam yang syumul – selain daripada aspek diri dan keluarga, bagaimanakah kita selaku umat baginda saw boleh mencontohi baginda dari aspek “terjun ke dalam masyarakat?” sedangkan dunia pada hari ini melihatkan trend masyarakat muda terutamanya semakin individualistik dan materialistik?

Jawapan:
Perkembangan masyarakat muda: Hedonisme, jahil kepada agama sendiri. Agama tak ceria, tak cool.. tak happening.. tu tak boleh , ni tak boleh..
Tapi sebenarnya.. Islam agama mudah.. Kaedah fiqh kata: ‘Al-Masyaqqah tajlibu taysir..’ Dari seribu yang halal, ada satu dua tak halal.

Macamana kita nak sedar siapa kita?

Baca dan dengar.. buka minda berfikir tentang sesuatu.. Why Nabi ke Gua Hira’? berfikir dan mencari jalan berubah dan mengubah. ”Kami tidak jadikan kamu sia-sia…’/ ’Apakah kamu ke syurga sedangkan kamu belum diuji?’

-Sekarang, kita ada istilah Prostaz.. Professional Ustaz- Masyarakat menunggu2 orang lepasa Medic, Engin dll tapi membawa Islam dalam hidup. Jadi contoh dan memberi ajaran melalui profesyennya. Mengubat dan mengaitkan dengan Allah. Engineer yang islamic.

Tapi kita perlu ada pendidiran yang benar dari ilmu islam yang benar..Antara aliran pemikiran yang ada; Wahabi, Salafi, dan aliran modernism feminisme, freethinker, pejuang hak kebebasan . dll..

Sebab tu, antara kesibukan yang melalaikan ilmuan islam; apabila bergaduh sesama ilmuan agama- seperti kenapa raikan maulis nabi, Nabi takde buat birthday pun. Kenapa rai hijrah.. takde keperluan. Kenapa baca doa lepas solat, tahlil tak sampai ke orang mati. Tak payah baca doa hujung tahun.. Sedangkan di sebelah sana .. anak-anak muda tak tahu solat. Tak pandai dan tak minat baca quran. Berzina dan lahir anak zina, buang anak, minum arak, buka baju, hilang malu .. Manusia jadi seolah2 bukan manusia berakal..

-Untuk menolak yang buruk, kita perlu tahu apa yang buruk tersebut..Kita perlu jelas tentang Islam, supaya apa2 ajaran yang menyesatkan berjaya kita tangkis. Jika tidak, kita mungkin terpengaruh dengannya..

_____________

Panel Ketiga : Puan Hidayah

Rasulullah saw seorang lelaki. Bagaimanakah seorang perempuan boleh mencontohi keperibadian dan sunnah Rasulullah saw yang merupakan seorang lelaki?

Jawapan:
Kita perempuan, anak, isteri .. Nabi lelaki jadi macamna perempuan nak ikut contohnya?

Kita tengok dari segi bahasa; ‘Bila merujuk muzakkar, ia merangkumi muannath. Pesan Nabi dalam mengharungi hidup: Tunkahul marah diarba’..Pilih yang beragama.. itu pun untuk wanita juga untuk memilih pasangan.

Talbal Ilm faridatan—untuk wanita jugak..

Ada melalui ajarannya pada isteri dan disampaikan pada wanita lain. Ada wanita buat kelas belajar dengan nabi. Wanita Madinah lebih suka bertanya dan berfikir berbanding wanita Mekah. Apa contohnya.. Kelas agama khusus untuk wanita Madinah, mereka menghantar wakil tanya solan pasal haid, pasal jihad dll..

Mematuhi ajaran Baginda adalah bukti keaatan pada Allah dan rasul.

Nabi ajar : MENANAM NILAI!

'Asma’, wanita baligh.. kena tutup begini begini kecuali ini..- menanam nilai kepatuhan pada Allah, bukan ikut orang.
'Aisyah, Abdullah Maktum tu buta , dia tak nampak awak, tapi awak nampak dia..
'Hassan, Hussin, ‘Jangan makan kurma zakat. Keluarga muhammad tak buleh terima zakat..-nilai kepatuhan pada Allah

- Didik anakmu solat. Takdibkan anak2.. bari nafaqah pada anak-anak.. Beri makan apa yang kamu makan..

-Nabi angkat martabat wanita- Sejarah- tanam anak perempuan, kemudian wanita diangkat dan diberi hak satu demi satu.

-Hak dilayan dengan baik dalam rumah tangga. Boleh keluar dari perkahwinan jika mudarat.
-Hak bersuara, hak mendapat harta dan lain-lain..
-Hak bertindak, bekerja dan membuat keputusan

Asas kita... RUANG LINGKUP ISLAM kita jaga..
Membangunlah tapi jangan langgar walls of Islam. Tapi mana kita tahu kita langgar ke tidak kalau kita tak tahu apa walls tu…Maka kita perlu belajar, mencari kerana Syafei menyebut: Fa qidus syai' la Yu'thi...(Sesiapa yang tidak mempunyai, dia tidak dapat memberi.)

Wallahua'lam bissawab