Saturday, March 6, 2010

Perjalanan..

Berjalan, berlari, bertrain, Bertram...

Hari Rabu 3/3saya ke Asia Institute, Mebourne Uni, naik train dan tram dari jam 9.30pagi dan baik rumah jam 5pm. Berbincang mengenai thesis saya dengan Dr Zahar dan Ust Razak. Makan nasi di Norsiah Cafe.. Terima kasih atas perbincangan yang sangat membantu saya ini. Aisyah balik dari sekolah dengan Hana.

Hari Khamis 4/3, saya buat kerja di rumah sebab parking permit dah tamat tempoh di Univ. Takde parking permit ($240 setahun), kena bayar parking $5 setiap hari. Nak jimat, maka saya buat kerja kat rumah.. Tapi bila duduk rumah, saya tercarried away dengan urusan rumah pulak, iaitu kejap2 saya gi dapur nak makan dan siapkan makan... Tapi saya buat kerja ler jugak..

Petang, Aisyah ke teakwondo, sementara tunggu Aisyah habis kelasnya, saya baca buku kat kerusi luar tekawondo centre. Petang berangin dan tak panas, jadi selesa untuk duduk-duduk di situ. Saya beli satu buku dan sekarang tengah nak habiskan baca.. sangat menarik dan helpful bertajuk, 'How to write a good thesis' oleh penulis yang dah berpengalaman jadi Supervisor selama 25 tahun. Saya tengah mengguna pakai kaedah yang diajarkan. Insya Allah..

Jumaat 5/3, lepas hantar Aisyah sekolah, saya buat kerja di rumah. Edit satu kertas kerja kawan saya. Dalam jam 1.50pg, Filah dan Amirah datang rumah sekejap, settlekan urusan keahlian VMPGA dan duit bayaran yuran yang Filah tak berapa pasti. Filah adalah bendahari VMPGA dan Amirah adalah isteri Ustaz Edil.

Lepas ambik Aisyah sekolah, Aisyah nak sleepover kat rumah Hana. So saya pergi hantar ke rumah Hana jam 6pm. Jadi tinggal ler saya sendirian berhad untuk satu hari.. Tapi alhamdulillah takde apa-apa berlaku.

Sabtu 6 /3 , saya ke Preston Market beli barang dapur. Aisyah masih di rumah hana. Sekarang ni, saya tulis entry ini selepas baru balik dari Preston market ler ni.. Saya beli ayam, udang, ikan, daging, buah nectarin, epal, pisang, plum, tomato, jagung, salad, serai, lada.. Habislah dalam AUD80.. Ini untuk stock selama 3 minggu ni..

Lepas zuhur ini, saya nak ke Universiti. Hari Sabtu parking free, jadi saya akan memanfaatkan hari ini sementara Aisyah bermain-main dengan hana dan pergi kelas agama Ayah Cik dengan Hana sekeluarga. Semoga Aisyah gembira dengan sleepover tersebutt. terima kasih pada Hana sekeluarga sebab jemput Aisyah sleepover ..

Umi jemput Aisyah kol 6pm ni yer...