Monday, March 15, 2010

Keluarga..

Atok tak sihat..

Saya dan Aisyah rasa sangat sedih apabila mendapat berita Atok tak berapa sihat sekembali dari Melbourne baru-baru ini. Rupanya semasa majlis Ulangtahun perkahwinan Atok dan Nenek di bangi, Atok sudah mula kurang sihat. Dan yang terbaru, Atok terpaksa menjalani thorough medical check-up di hospital pakar.

Kami di sini selalu mendoakan semoga Allah menguniakan kesihatan yang baik kepada semua yang kami kasihi di Malaysia sana. Semoga Atok, nenek, Tok Ma, Tok Ayah dan semua sihat sejahtera, dipanjangkan umur dan dapat beramal dengan selamat.

Saya mengajar doa yang sama pada Aisyah..
'Ya Allah, berilah kesembuhan pada Atok, Nenek, Tok Ma dan Tok Ayah. Sihatkanlah mereka supaya panjang umur, murah rezeki dan bahagia di dunia dan akhirat..'
amin ya Rabbal A'lamin