Wednesday, June 18, 2008

Keputusan Kuiz CELCOM

Jakim putuskan peraduan SMS Celcom langgar hukum syarak

Hari tu, CELCOM lancarkan kuiz 100 hari 100 kereta. Aku telah mengirimkan bantahanku kepada Suruhanjaya Komunikasi dan pihak mereka membalas emelku.. Akhirnya pada hari ini JAKIM dengan perbincangan tenaga pakar telah mengisytiharkan bahawa KUIZ tersebut adalah HARAM dan ditolak.

Semoga ia menyedarkan orang Islam dan membina keprihatinan mereka terhadap sesuatu urusan dengan melihat dari kaca mata agama, bukan keuntungan duniawi semata-mata.
________________

Kenapa kita perlu memberikan pandangan dan usaha kita?

Suatu ketika dulu, semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Namrud kerana mengajak manusia menyembah dan menyerah diri kepada Allah, terdapat seekor burung yang kecil terbang mundar mandir, ke hulu ke hilir mencari air. Akhirnya siburung berjumpa satu lopak air dan dia meneguk air dan meletaknya dalam paruh kecilnya. Lepas tu ia terbang kepada Nabi Ibrahim dan mencurahkan air yang ada dalam paruhnya.. Lepas itu, ia akan terbang semula ke lopak tersebut, berulang alik tanpa henti melakukan perkara yang sama..Sedangkan air yang dicurahnya tidak memberi siket perubahan pun pada api bakaran tersebut.

Akhirnya usaha siburung kecil ditanya dan ditegur oleh binatang yang lain..

'Tak payah ler buat, semua usaha engkau sia-sia saja... api pun bukannya berhenti.. bahkan makin marak ..Biarlah Allah saja yang menyelamatkan NabiNya..'

Tapi burung kecil tersebut menjawab,

'Memangler air dalam paruh ku sangat sedikit, aku pun tahu air ni tak akan beri sedikit kesan pun pada api tersebut, tapi aku akan terus buat macam ni.. Nanti depan Allah, aku ada jawapan, kalau aku ditanya, 'Apa engkau buat untuk membantu Nabi Allah Ibrahim?' 'Aku harap nama aku akan tertulis di sisi Allah yang maha perkasa, bahawa aku tetap mencuba semampu kudrat keciku, semoga nama aku ada di sisi Allah..'

Aku sangat terkesan...
Sebenarnya, nilaianku terhadap sesuatu perkara banyak berubah selepas membaca buku-buku agama, hadis Nabi dan kisah-kisah cerita agama...

Apabila ianya mengetuk hatiku, aku akan mengingatinya walaupun aku membacanya 20 tahun dahulu..
Bermula dari situ, aku mula berubah dalam melihat sesuatu isu..

Aku ingin mencontohi burung tersebut..
Aku ingin memegang prinsip seperti itu..

'Wahai Allah, apa sahaja yang aku mampu, dalam kesibukan yang begitu hebat, dalam kesihatan yang Engkau beri, aku akan cuba... semoga di sisiMu namaku tertulis sebagai salah seorang umat Nabi yang ingin membantu agamamu..'

Itulah prinsipku, memberi dan menerima, membantu dan menolong, menegur dan ditegur.. dan aku berdoa. semoga ia juga menjadi prinsip suamiku, anakku Aisyah dan semua orang Islam yang lain..

Redha Allah adalah matlamat hidup kita..amin..

Jika selepas ini dibetulkan kuiz ini menepati ciri2 Syariah, maka ramai-ramailah orang Islam masuk, biar semua hadiah dapat pada orang Islam..

______________________

KUALA LUMPUR: Peraduan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Celcom '100 Hari 100 Kereta' diisytiharkan sebagai tidak mematuhi syariah berikutan mengandungi unsur perjudian, gharar (tidak jelas) dan menggalakkan pembaziran.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, dalam satu kenyataan hari ini berkata mesyuarat khas Panel Kajian Syariah Jakim memutuskan demikian menerusi satu persidangan hari ini. Katanya, persidangan yang khusus membincangkan isu pertandingan itu sebulat suara menasihatkan agar pihak syarikat telekomunikasi berkenaan menyediakan konsep peraduan baru yang selari dengan tuntutan syarak.

Peraduan SMS itu menjadi isu apabila Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 5 Jun lalu menyatakan peraduan tersebut haram disertai kerana mengandungi unsur perjudian. Katanya peraduan itu disifatkan sebagai judi kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan sebagaimana judi nombor ekor. “Dalam peraduan ini, kita perlu bayar atau dicaj RM5 untuk meneka atau menjawab satu soalan. Itu adalah pertaruhan, dan pertaruhan adalah satu perjudian,” katanya. - Bernama