Sunday, June 15, 2008

Buku Baru dan Konvensyen Peguam

Buku Isu-isu Syariah

Hari Selasa 10 Jun, lepas balik dari Kursus BTN, aku sangat sibuk berurusan dengan Dr Ghafar UPENA, pergi ke Ampang Press bincang mengenai buku 'Isu-isu Syariah' yang mengikut perancangan akan dijual semasa Konvensyen Peguam 14 Jun hari Sabtu.

Aku perlu baca kali terakhir sebelum buku tersebut dianggap sempurna untuk masuk percetakan. Ini kali ke enam aku pruf-read buku ni, baca setiap perkataan, cari jika tersalah eja, tanda ayat, koma, titik, titik bertindih, kata seruan dan lain-lain.. sebab terlalu banyak kali baca, aku dah dapat hafal setiap ayat dan tajuknya...Nak terbit sebuah buku sebenarnya sangat letih dan memenatkan... Boleh jika nak buat cincai tapi nanti aku yang tak puas hati..I am not a perfectionist, tapi agak prihatin apabila membuat sesuatu perkara..

Contoh ada satu buku undang-undang yang aku baca, perkataan 'lacuna' ditulis lakunan.. Ini menunjukkan bahawa penulis tidak membacanya dengan tertib sebelum dicetak.. Aku tidak akan melakukan kesilapan sebegitu.. ia akan mengaibkan penulis.

Rupanya index buku tak dapat dibuat sebab pihak Ampang Press ingin menggunakan kaedah lain, jadi aku perlu pilih semula perkataan untuk dibuat index, jadi kena baca sekali lagi. Lepas tu BLUB belakang buku hilang, kulit buku belum decide lagi. Wahh tensionnya.. bila nak difilemkan, lepas tu nak print lagi.. adoii kecut perutnya takut tak siap on 14th Jun..

Tapi dengan izin Allah yang Maha Besar, dan kesungguhan Dr Ghafar UPENA yang sangat baik dan sabar begitu juga kesungguhan Kak Hjh Ros (Owner Ampang Press), akhirnya buku pertama PGSM hasil koleksi dan olahan semula artikel-artikelku dan Presiden berjaya diterbitkan...

Tajuknya adalah:


ISU-ISU SYARIAH DI MALAYSIA:
KE ARAH MELETAKKAN HAK KEPADA YANG BERHAK
Zainul Rijal Abu Bakar
Nurhidayah Muhd Hashim

Kulit buku yang aku pilih sangat cantik pada nilaianku..

Syukur Alhamdulillah, puji syukur aku kembalikan kepada-Mu Ya Allah, semoga buku ini diterima sebagai amal soleh di sisi Mu..amin
____________________

Konvensyen Peguam Syarie 14 Jun 08

Pada 14hb Jun, Konvensyen Peguam Syarie Seluruh Malaysia anjuran JKSM diadakan di PICC Putrajaya. Ramainya Peguam Syarie yang hadir, penuh melimpah dewan yang besar tersebut..

Aku, Siti, Mimi, Sufian, Arafah dan beberapa orang Exco PGSM yang lain sangat sibuk menguruskan meja PGSM, mengangkat buku-buku, menyusun ke meja dan menjualkan barang-barang berkaitan dengan PGSM sepanjang program tersebut.

Ada beberapa perkara yang ingin aku kupas mengenai Konvensyen, aku akan masukkan dalam artikel untuk Berita Harian Rabu 18hb Jun nanti..

Wahh.. ramai jugak insan-insan yang aku kenal hadir dalam program ini...
Terkejutnya aku dapat jumpa dengan Anilawati, Jusnidar, Sharifah, Jamrutbi dan lain-lain.. semuanya telah menjadi peguam handalan di negeri masing-masing.. Dengan penuh takzim, aku tabik spring pada semua sahabat lamaku yang telah berjaya mencapai cita-cita sebagai Peguam...

Yang kelakarnya, aku terserempak masa dalam tandas.. kah kah kah...
Masa tu aku keluar dari tandas (tandas kecik), lepas tu ke sink untuk basuh tangan dan nak bergegas keluar, tiba-tiba ada sorang tarik tangan ku..

'Heii ni Hidayah ker? heii awak jadi apa sekarang? ...'

Bila aku pusing, "Laaa Nila ker ni.. isyy.. lamanya tak jumpa.. Saya jadi orang ler.. hehe.. Apa kabar, wah ni sure dah jadi jutawan peguam terhebat abad ini...hehe.. "

'Awak ni hidayah, lamanya saya tak jumpa.. kurus macam dulu ler awak ni..'

Ada pulak kata aku kurus, kata ler slim ker.. baru bunyi glamer siket.. hehe..

Tengah sembang sembang, (dalam toilet ler ni.. depan sink.. )..Tiba-tiba ada sorang peluk aku dari belakang..

'Wei Hidayah.. awak ker ni...lamanya tak tengok.. Awak buat apa sekarang? Awak macam dulu ler...'

Aku pusing tengok, 'Weii Jus ker nie.. aisay... lamanya kitatak jumpa yer.. Jus kat mana firm? Buat sivil sekali ker, buat syariah saja..'

Kami pun bersembang dengan gamatnya.. (dalam tandas ler ni..)

Jusnidar dan Anilawati adalah rakan sekelas masa Matriks UIA tahun 88, pastu terus ke UIA PJ sampai tahun 92, lepas tu kita orang sambung lagi LL.S Syariah, grad tahun 93..Dan tak pernah jumpa lepas tu..

Jus dengan Nila kata.."Weii Dayah, kat luar tadi saya beli tu buku awak ker dayah.. Bestnyer awak dah jadi orang bijak pandai..dah ada buku, Saya kan tabik ler orang dah tulis buku ni..'

'Isyy jangan ler kata cam tu.. malu ler saya.. ' kuwa kuwa...

Lepas tu, Nila dengan Jus keluarkan handphone masing-masing..

"Weii tolong ambik gambar aku dengan Hidayah.. ni bukan senang nak jumpa kawan aku yang dah jadi penulis buku ni..'

'Apa ler korang ni.. takkan ler susah-susah jumpa penulis, ambik gambar dalam tandas, depan tempat tisu pulak tu.. buat malu jer..hehe..'

'Tak kira, nanti kalau awak dah kuar, susah nak cari lagi...Takper, tandas ni comel, bukan macam tandas biasa...'

Ada dalam 6 keping ambik gambar dalam tandas.. kelakar nyer.. tak pernah buat seumur hidup aku, ambik gambar dalam tandas..

Tapi takper ler kan.. tandas PICC ni cantik.. lagipun ni ler sejarah selepas kita kuar dari UIA tahun 92/93, kita jumpa balik tahun 2008, dan tempat jumpa di PICC, pastu dalam tandas.. kelakarnyer..

Lagi satu, apa yang yang paling menarik adalah pada jam 2pm, Staf Ampang Press datang menghantar buku 'Isu Syariah' ke PICC...

Dalam program tersebut, buku 'Fasakh' dan buku 'Isu-isu Syariah' banyak yang terjual, di samping buku-buku Dr Amin..

Dan petang tu, aku dan Presiden pun lenguk ler jugak menyain sebab ramai orang beli buku dan minta signature penulis... Kuwa kuwa kuwa...

Alhamdulillah..