you are right."
So think positive!
Sekadar Pendapat saya mengenai kahwin dan cerai..
Hampir setiap minggu akhbar dan majalah hiburan menyiarkan kisah percintaan, perkahwinan, pergaduhan dan kemudiannya perceraian di kalangan mereka yang dikenali atau celebiriti dalam masyarakat. Kisah sebegini pula selalu menarik minat masyarakat awam. Mereka ingin tahu siapa pilihan hati celebriti yang diminati, bagaimana perlaksanaan majlis perkahwinan, berapa hantarannya dan bagaimana mereka berpakaian semasa majlis tersebut. Jika bergaduh dan bercerai pula, masyarakat ingin tahu berapa lama perkahwinannya bertahan, kenapa pula mereka bercerai, siapa orang ketiganya dan pelbagai soalan lain.
Kesukaan masyarakat ini dimanfaatkan pula oleh media untuk menayangkan dalam ruangan yang besar isu-isu berkenaan. Isu-isu sebegini sebenarnya boleh menyebabkan masyarakat menerima hakikat kahwin dan kemudiannya bercerai adalah perkara biasa di kalangan artis sepertimana berlaku di Barat. Apabila ia diterima dalam pemikiran masyarakat bahawa kahwin cerai adalah suatu yang lumrah, ia secara tidak sedar boleh menghakis perasaan dan kesungguhan di dalam hati masyarakat untuk berusaha menjaga ikatan perkahwinan sedaya upaya yang mungkin.
Apabila berlaku sedikit perselisihan dan perbalahan, cerai akan menjadi pilihan terawal kerana ia sudah dianggap perkara biasa. Penilaian bahawa ikatan nikah adalah suatu yang suci dan tinggi serta kedudukan perceraian sebagai suatu tindakan tidak disukai Allah akan luput sedikit demi sedikit. Apatah lagi dengan statistik perceraian yang tinggi, keadaan ini merupakan perkembangan yang sangat tidak positif dan membimbangkan.
Perkahwinan dalam pandangan Islam adalah satu perkara suci dan tinggi nilainya. Ia adalah saranan Allah kepada manusia bagi meraikan fitrah kejadian manusia ciptaan-Nya. Allah SWT mencipta manusia dengan sebaik kejadian, meletakkan unsur syahwat dan menanam perasaan kasih sayang yang bergerak selari dengan perkembangan kemanusiaan itu sendiri.
Oleh itu, semua orang berkemampuan dan cukup syarat dianjurkan berkahwin dan membina keluarga. Namun begitu, sekiranya seseorang belum mampu untuk berkahwin, hendaklah berusaha menahan hawa nafsu sebaiknya. Panduan itu diberikan Rasulullah SAW dalam sabdanya bermaksud: “Wahai orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) dapat mengawal mata dan kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Perkahwinan dalam islam didefinisikan sebagai 'satu akad yang menghalalkan pergaulan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan bukan muhrim, menimbulkan hak dan kewajipan antara kedua-dua mereka.'
Para ulama’ membincangkan dengan panjang lebar kedudukan akad nikah dan juga hak dan tanggungjawab antara suami dan isteri.
Secara ringkas, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diperhatikan oleh kita semua melibatkan perkahwinan dan perceraian dalam Islam.
Pertama, perkahwinan adalah ikatan menyatukan dua insan dengan menggunakan akad ijab kabul yang sah dalam Islam. Ia berkait dengan perjanjian antara insan dengan Allah untuk menjaga perkara yang digariskan sesama mereka selepas akad dilaksanakan. Seorang lelaki apabila menerima akad, berjanji menerima seseorang perempuan sebagai isterinya dan berjanji menjaga kebajikan dan menyayangi isteri dengan nama Allah. Begitu juga seorang wanita melalui akad tersebut sebenarnya berjanji dengan nama Allah untuk mentaati dan menyayangi suaminya. Oleh itu, perkahwinan mempunyai nilai keagamaan, ketundukan kepada Allah dan mematuhi peraturan yang Allah tetapkan untuk dijaga di sepanjang perkahwinan berlangsung.
Kedua, perkahwinan hanya boleh berlaku di antara lelaki dan perempuan bukan muhrim. Islam mengharamkan hubungan sesama muhrim seperti anak dan bapa, adik-beradik , anak saudara dengan bapa saudara dan sebagainya. Akad nikah dalam Islam juga membawa nilai pengiktirafan bahawa perkahwinan adalah di antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Islam tidak mengiktiraf perkahwinan sesama jantina, lelaki berkahwin dengan lelaki atau wanita berkahwin dengan wanita. Perkahwinan gay tertolak sama sekali tanpa sebarang pengecualian di sisi Islam. Bahkan Islam tidak mengiktiraf perkahwinan mana-mana pihak yang membuat pembedahan tukar jantina. Islam tidak mengiktiraf perkahwinan lelaki menjadi perempuan atau pun perempuan yang bertukar menjadi lelaki.
Ketiga, melalui akad nikah, wujudnya apa yang dipanggil hak dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi dan ditunaikan pasangan terbabit. Hak isteri adalah tanggungjawab suami untuk menunaikannya. Manakala hak suami menjadi tanggungjawab isteri untuk menunaikannya. Hak anak yang lahir selepas ikatan itu pula menjadi tanggungjawab ayah dan ibu untuk menunaikannya. Istilah tanggungjawab pula memberi konotasi yang besar, perkara yang ditanggung dan perlu ditunaikan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Jika gagal dipikul dengan baik, maka individu itu perlu menjawab di hadapan Allah di akhirat kelak terhadap pengabaian itu.
Keempat, bagi pasangan yang sedang bercinta atau bertunang, adalah jelas bahawa belum wujud sebarang hak dan tanggungjawab antara mereka. Hubungan mereka belum dihalalkan agama dan mereka tidak boleh bebas bergaul, berpegangan tangan, berpelukan apatah lagi melakukan hubungan kelamin kerana Islam tidak mengiktiraf mereka sebagai pasangan yang sah. Melanggar peraturan tersebut contohnya melakukan zina merupakan dosa besar di sisi Allah dan membawa hukuman dalam perundangan Islam.
Justeru, semua individu sama ada orang biasa, celebriti, artis, pemimpin negara atau siapa sahaja wajar berusaha sebaik mungkin untuk memelihara ikatan perkahwinan yang dibina. Akad nikah bukan sahaja ikatan suci yang menggabungkan dua insan, tetapi juga dua keluarga dan juga dua keturunan. Perceraian seharusnya dilihat sebagai jalan terakhir selepas segala daya dilakukan untuk menyelamatkan ikatan rumah tangga tidak berjaya. Perceraian bukan jalan pintas yang menjadi pilihan. Semoga dengan itu nilai kemuliaan kepada satu akad yang dipandang mulia dalam Islam akan terus dipertahankan.
Nurhidayah Hashim
Melbourne

Jika ada yang berminat mendapatkannya ,
sila Layari: http://jualbukuonline.blogspot.com
Buku ini ada menunjukkan jalan untuk anda....
Jika ada yang berminat mendapatkannya , sila layari http://jualbukuonline.blogspot.com/
Child Custody and Maintenance Decisions:
A Case Study of Selected High Court Judgments in
nfnawi@students.latrobe.edu.au
nmuhammadhashim@students.latrobe.edu.au
ABSTRACT
The determination of physical custody and maintenance arrangement for children is among the most difficult decisions that must be made in marital dissolution process. From a legal point of view, the current determining standard of the ‘best interest of the child’ is a vague principle of law. The application of the legal principle or standard is claimed to be usually “indeterminate” and “speculative” due to the fact that the court needs to make a prediction of what will be the best custodial and maintenance arrangement for the child. This requires the court to make an evaluation based on the facts of the case and can be eventually shaped or influenced by the trial judge’s own personal values and discretions in making the decisions. The discretionary nature of the application of the principle, along with different sets of values in the assessment may lead to assumptions of adjudicator bias and discrimination and thus encourage re-litigation. Even when courts increase the use of their resources in assessing the best arrangement for the children, they remain an outside party to these relationships. This and the fact that relationships are being assessed by courts at times of abnormal stress mean that the reliability of any decision made is usually questionable. However, in most contested custody cases, the courts have to come to a final decision.
[1] Presented at the Marital Dissolution in Asia Conference & Workshop, 6 - 7 May 2010 organized by the Asia Research Institute, National University of Singapore, Bukit Timah Campus,
[2] Law Lecturer with Universiti Teknologi MARA, Shah
[3] Associate Professor at Centre for Islamic Thought and Understanding

Ni gambar kaki.. Saya terjumpa kat internet.. reflexology.. subhanallah.. kat kaki kita semuanya ada kaitan dengan perut dan organ badan.. Bijaksananya Maha Pencipta.. Tuhan seru sekelian alam.. Apa kaitan dengan gambar di atas? Takde apa-apa sebenarnya, tapi boleh juga untuk kita renungkan kejadian ALlah. Kita selalu menjaga muka supaya kemas, cantik, letak bedak dan macam-macam lagi untuk jadi cantik dan dipandang cantik, kadang-kadang kita lupa bersyukur pada kejadian lain di badan kita yang juga perlu kita jaga.. Walaupun kaki kita selalunya kurang cantik siket, tapi kat kaki ada macam-macam.. Jadi kena jaga kaki kita elok-elok..

Saya pun tak tahu napa jadi kecik sungguh gambo tu yer..
Gambar copy dari facebook Azizi. Hari tu kami terlupa bawak kamera, so semua copy paste dari facebook orang..{upsss cite pasal facebook ni, hari tu saya tutup facebook saya sebab letih banyak sangat nak reply add add add... letih rasa.. hehehe..tapi sebab ramai tanya, napa tak boleh tag gambar, kak dayah dah tutup facebook ker?? so saya bukak kembali sebab nak tag dan copy gambar2 ni..gitu ler adanye...harap maklum.. hehehe..}Ibu bapa, waris wajib menyediakan keperluan supaya anak membesar dengan sejahtera
DEWASA ini ramai yang memperkatakan hak kanak-kanak. Kanak-kanak perlu dilayan dengan baik kerana itu hak mereka. Kanak-kanak berhak memilih untuk tinggal dengan siapa selepas ibu bapa bercerai kerana itu hak mereka. Mendera kanak-kanak adalah jenayah dan ia melanggar hak kanak-kanak.
Kanak-kanak perlu diberi nafkah kerana itu hak mereka dan sebagainya. Kerajaan juga prihatin dengan hak kanak-kanak di Malaysia. Apakah sebenarnya yang dikatakan hak kanak-kanak? Soalan paling asas yang perlu difahami ialah apakah kanak-kanak mempunyai hak terhadap sesuatu dalam hidup ini?
Ramai ahli teori berbeza pendapat sama ada kanak-kanak ini sebenarnya ada hak atau tidak. Mereka berbeza pendapat dalam menilai hak anak dan hubung kait dengan kebajikan, kepentingan, tanggungjawab dan hukuman. Perbincangan seperti bolehkah kanak-kanak mempunyai hak sedangkan mereka sendiri perlukan orang lain untuk mendapatkan hak itu?
Bolehkah kanak-kanak mempunyai hak jika mereka sendiri sangat muda dan tidak mampu untuk membuat sesuatu yang menunjukkan balasan kepada hak dan tanggungjawab sendiri?
Pemikir liberationists contohnya Halt, percaya kanak-kanak tanpa mengira usia mesti dilayan seperti orang dewasa. Mereka berhak kepada semua perkara seperti orang dewasa.
Contohnya mereka mempunyai hak untuk memilih, mengundi, untuk bekerja, mendapat duit hasil kerja, menjual beli, memilih pendidikan dan sebagainya.
Pendapat ini sangat liberal dan melihat kanak-kanak seperti orang dewasa, yang berhak melakukan apa saja dalam hidup. Bahkan sebagai orang dewasa, kita perlu membiarkannya dan menghormati apa saja kehendak dan pilihan kanak-kanak.
Pada masa sama, ada aliran pemikiran yang berlawanan mengatakan kanak-kanak tidak mempunyai sebarang hak. Mereka tidak mampu untuk membuat pilihan dan tidak mampu melaksanakan apa yang dikatakan kemampuan memilih dan melaksanakan hak. Justeru, ia bermaksud kanak-kanak tidak mempunyai sebarang hak dan orang dewasa yang berkuasa mutlak menentukan, menyediakan serta membuat keputusan untuk kanak-kanak.
Islam menyentuh isu hak kanak-kanak sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Pendekatan diambil oleh Islam sangat unik dan ia adalah jalan pertengahan di antara dua teori yang dibincangkan terdahulu. Islam mengiktiraf bahawa kanak-kanak adalah makhluk Allah yang mempunyai hak tertentu dalam hidup ini dan meletakkan tanggungjawab pada orang dewasa untuk melaksanakan dan menjayakan agar hak kanak-kanak diberikan kepada mereka.
Islam menyuruh bapa bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak, menyediakan makanan sesuai, memberi nama yang baik, mendidik mereka dengan adab yang baik, mengajar ilmu agama adalah gambaran kepada pengiktirafan Islam terhadap hak kanak-kanak.
Bahkan, seorang profesor dari Yaman, Dr Saleh al-Dhubyani, menyebut bahawa apabila ibu mengandung diberi keringanan untuk berbuka puasa, dilarang daripada mengambil ubat-ubatan yang membahayakan kandungan atau menggugurkan kandungan tanpa alasan dibenarkan syarak, adalah bukti walaupun kanak-kanak belum lahir, Islam sudah meraikan hak mereka.
Teori hak ini dikembangkan dan akhirnya diraikan dengan rasmi melalui konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR) pada 1989. UNCHR 1989 membincangkan apakah hak kanak-kanak yang perlu dipertahankan.
Negara kita
Antara peruntukan besar dalam UNCHR seperti Artikel 27 ialah ibu bapa atau sesiapa saja yang bertanggungjawab terhadap kanak-kanak bertanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan kanak-kanak dalam kemampuan dan kapasiti mereka untuk menyediakan satu kehidupan yang wajar untuk perkembangan kanak-kanak.
Peruntukan ini menerangkan bahawa kanak-kanak mempunyai hak untuk dibesarkan dalam suasana keluarga dan ibu bapa mesti memperuntukkan sebahagian kewangan untuk menjayakan hak berkenaan kepada kanak-kanak.
Ibu bapa wajib menyediakan dalam kemampuan mereka, membelanjakan pada tahap kemampuan kewangan mereka membiayai hidup kanak-kanak supaya mereka dapat membesar dengan sejahtera. Itu adalah antara hak kanak-kanak. UNCHR juga melihat keluarga sebagai kelompok terpenting tempat kanak-kanak hidup dengan selesa dan dapat membesar dengan baik. Hak anak diiktiraf dan ibu bapa bertanggungjawab memastikan ia dilaksanakan dengan baik.
Pada masa sama, apabila ibu bapa gagal menjaga kesejahteraan kanak-kanak, gagal memberi bantuan kewangan menjayakan tumbesaran dan kehidupan yang baik untuk kanak-kanak, maka kerajaan perlu campur tangan dan membantu menjayakan hak kanak-kanak itu.
Ia dapat dilihat melalui Artikel 27.3 yang menyebut antara lain bahawa kerajaan perlu membantu ibu bapa untuk menunaikan hak kanak-kanak itu terutama membabitkan bantuan material dan makanan, pakaian dan penempatan. Tanggungjawab kerajaan adalah membantu apabila ibu bapa gagal menyediakan kerana tidak berdaya, tidak berupaya dan bukan mengganti tugasan ibu bapa.
Isu yang berlaku di negara kita membabitkan kebajikan kanak-kanak adalah perkara besar yang mesti diketengahkan.
Tuntutan nafkah kanak-kanak selepas ibu bapa bercerai dinafikan oleh bapa yang lari daripada tanggungjawab dan statistik kanak-kanak luar nikah yang tinggi lahir di
Hak mereka untuk mendapat kehidupan yang baik dinafikan dan mereka mungkin akan terabai dalam menghadapi tumbesaran yang sesuai. Kita perlu bangun untuk menyediakan ruang yang baik untuk hak kanak-kanak ini.
Penulis ialah Profesor Madya di Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam (CITU), UiTM Shah Alam, sedang melanjutkan pengajian PhD bidang Undang-Undang Keluarga di La Trobe University, Melbourne, Australia