Sunday, October 31, 2010

Business Card

Aisyah..

Saya sebenarnya sekarang tengah baca dan buat nota serta kena analisa kes Mahkamah Sivil Malaysia mengenai child maintenance. Kena baca berpuluh-puluh, lepas tu kena banding dengan kes diputuskan di mahkamah Syariah. Hari ni siap satu kes. Letih nak baca, tulis, banding dll tapi kajian ini mesti kena buat, diteruskan juga sampai ke akhirnya.. insya ALlah..

Sementara ada masa lapang, saya nak tulis dalam blog, melepaskan letih dengan menulis.. satu hobi yang saya sangat suka.

Kisah 1- Aisyah..

Hari tu Aisyah nak cari duit, nak kerja dengan Umi..
Inilah rupa business card Aisyah..
Kalau ada apa2 nak suruh dia buat kerja, boleh call bila-bila masa jer- 24 jam sehari. hehe...





Saya ketawa bila Aisyah kata,
'Umi, you can call me to do whatever things at any time..
If you ask me to preheat food in the microwave, or take some water.. it is free..
but if the work is heavy like lipat kain, wash dishes, itu Umi bayarla gaji yer..'

Ok Aisyah.. no worries...

_________

Kisah 2

Pada hari Rabu lepas, 27 Oktober- tiga ibu-ibu melepaskan tension dengan berjalan di bandaraya Melbourne. kami naik bas, naik tram dan naik train dari La Trobe Uni ke Museum melbourne untuk melihat sejarah alam berkenaan kapal Titanic. Bayaran sebagai pelajar adalah AUD 18 seorang. Siapakah orang bertiga itu? ia adalah saya sendiri, Fadzlina dan juga Niza...

Titanic.. siapa yang tidak tahu mengenai kisah kapal hebat ini. Hampir semua orang tahu saya rasa. Membaca satu demi satu setiap tulisan, melihat replica kapal, melihat sendiri barangan peninggalan yang dikeluarkan dari kapal berumur hampir 100 tahun memberi ilmu baru pada saya. Betapa sejarah itu mahal harganya..

Saya mencari nama saya dalam senarai orang mati dan orang yang berjaya diselamatkan..
Yeaaa saya berteriak gembira sebab saya selamat..

Apa yang saya cerita ni? Sudah tentu saya tiada dalam kapal tersebut. Tapi semasa dalam pameran tersebut, saya berada di dalamnya, saya antara orang-orangnya.. Kerana semasa masuk, setiap orang diberi Bording Pass dan saya mendapat pass bernama mrs Stephen Hold, 2nd Class Travelling from Southampton to California. Apabila melihat segala yang ditunjuk dalam pameran tersebut, saya cuba mellihat Mrs Stephen dalam 2nd Class, apa barangan dibawa dan akhirnya sebelum keluar, dipaparkan semua senarai penumpang dalam Titanic tersebut. Semua orang mencari nama masing-masing.. Saya pun mencari nama Mrs Stephen.. Selamat rupanya, tapi ditulis suaminya meninggal. kesian sangat..


Bording Pass Saya..








Kami berada di dalam pameran dari jam 11 pagi dan keluar jam 1 pm. Pergi makan di restoran EsTelle dan balik ke Reservoir, sampai tepat jam 3.35pm untuk mengambil Aisyah dari sekolah.

Seronoknya..
Sejarah adalah ilmu tentang hari lepas, hari ini dan hari esok!



Saya dan Niza depan Kapa Titanic...




Dengan Ina depan Museum...