Monday, October 18, 2010

Tapai Ubi Kayu

Sedap...

Tapai adalah makanan asasi orang kampung. Orang bandar tak tahu tapai-tapai ni. hehe..
Disebabkan saya ni orang kampung, maka saya adalah peminat tapai. Semenjak saya bermusafir di Melbourne, saya tak pernah jumpa tapai, walaupun pernah jumpa ubi kayu kat Pasar Preston. Tapi saya tak beli ubi kayu mentah sebab saya tak reti buat tapai.

Selepas beberapa purnama, akhirnya dengan tidak disangka-sangka, saya ternampak tapai.

'Ohhh tapai ke tu??' kata saya ler..

'Eiii.. tapai ubi kayu ler..' kata saya jugak.

'Pandainya buat.. Jual ke ni??' kata saya jugak ler..

'berapa dollar ni tapai ni?' tanya seorang saya ler pada kakak yang jual..

'AUD 5 satu bekas Buk.' Jawab penjual. Penjualnya orang Indonesia rupanya.

Saya pun ambik ler satu bekas berharga AUD 5.00.

Sedapnya...

Banyak mana agaknya AUD 5 tu yer..

Taraaaa....

ini bekasnya..


Dalam tu ada 5 ketul camtu.. harganya AUD 5. Kalau tukar ke duit Malaysia,
maknanya banyak tu harga dia RM 15.00. Kalau tukar ke duit Indonesia, mungkin ribuan rupiah..

Mahalkan?
Sebab saya nak jugak, saya beli.

Moral of the story:

1- Kalau nak makan jugak apa-apa makanan yang kita tak reti buat, kita beli jer..
Dah itu lumrah alam. Ayah saya dulu kata...'Kalau semua orang pandai, tak de ler sapa nak beli. Jadi disebabkan ada orang tak pandai buat (cam saya ler..) tapi dia ada duit, jadi duit orang tak pandai buat tu adalah rezeki untuk orang pandai buat..' Cantik aturan Allah..

2- Kalau tahu buat, tak payah ler beli. buat sendiri lagi banyak dapat.

3-Kalau beli apa-apa, jangan convert harga. kalau asyik convert harga, tak terbeli ler jawabnya.. [betui tak?]

4- Bersyukurlah dengan negara Malaysia, sebab makanan senang dapat, banyak dan murah pulak tu..

5- Makanlah tapai sekali-sekala. Jangan banyak kali, sebab kalau banyak kali nak beli, banyak ler habis duit.. hehe..