Sunday, October 3, 2010

Daylight Saving Melbourne

Dah panas..

Alhamdulillah, hari ni day light saving bermula. Jam dibawa ke depan satu jam menjadikan beza dengan Malaysia 3 jam (sebelum ni 2 jam), so kalau nak buat call ke Malaysia jam 9 malam lepas Ayah ma balik masjid, maknanya call jam 12 malam ler waktu Melbourne.

Hari ni cuaca panas, 12-23 degree.
Saya suka sebab hari ni first time saya tak payah pakai baju sejuk di rumah. Jika tidak, saya pakai baju sejuk pagi sampai ke malam..

Waktu solat pun dah berubah, macam waktu solat di malaysia.
Subuh 5.10
Zuhur 1.12
Asar 4.40
Maghrib 7.20
Isyak 8.40

Selama 5 hari saya tak berapa sihat sangat. batuk-batuk, sakit tekak, kahak banyak sangat, demam dan pusing-pusing. Sampai perlu ke klinik ambik antibiotik - habis AUD20 untuk beli ubat sahaja. Mudah2an esok saya sihat dan terus puasa sampai habis Syawal. insya Allah..