Thursday, October 28, 2010

Perasaan Sayaa

Kenangan Persinggahan..

Saya baru mendapat email dari roomate saya semasa saya di La Trobe Uni. Dia tanya khabar saya dan tanya soalan, apakah saya happy berada di melb Uni. Fonn, rakan sepejabat saya dari Thailand. Di akhir emailnya, dia menulis betapa dia miss saya dari bilik dan juga semua kenangan perbincangan, sembang dan chatting kami berdua..

Email Fonn menyebabkan saya rasa terharu, sedih dan teringat semua kenangan selama 1 tahun setengah berada di La Trobe Uni. Saya juga sangat miss Fonn, bilik saya, meja dan kerusi serta komuter tempat saya duduk hampir setiap hari, dari pagi ke malam. Kadang-kadang saya ke pejabat sehingga jam 9 mlm, kadang-kadang setiap Sabtu Ahad saya ke pejabat. Dari parking lot, saya akan melalui jambatan kecil yang di situ penuh dengan itik, burung kakak tua putih atau dipanggil kakatoo dan kawsan itu setiap petang sebelum maghrib akan sangat bising dengann bunyi burung-burung ini..

Saya rasa kehilangan Fonn kawan tempat saya meluah perasaaan, mengadu, mendengar dan berkongsi kesusahan yang kami alami dalam menjalankan kajian PhD ini. Saya tetiba rasa rindu sangat pada Fonn dan laluan kenangan saya sebelum ini..

Semoga kami berjaya dalam pencarian ilmu ini..