Wednesday, October 13, 2010

Penguat Jiwa..

Doa..

Saya sangat suka dengan satu doa yang selalu saya baca.
Saya baca dengan penuh penghayatan..
Setiap perkataan dan ayatnya..
Erti dan maksudnya.


Doa ini adalah dari Asas 10 Kedua yang ustaz Harun Din ajar.
Saya dah hafal yang asas 10 pertama, yang asas 10 kedua masih merangkak. Saya tengah menghafal asas 10 kedua lagi sebenarnya..
Memang susah ler nak hafal..

Dulu yang Asas 10 pertama senang nak hafal sebab nak kena tasmi', kena test bacaaan depan Ustaz Darus Syifa', nak lulus test kena hafal jadi mental prepared, baca sekejap boleh hafal. Asas 10 kedua ni takda sapa nak test jadi itu yang slow melow tu.. tapi saya akan terus mencuba. Saya baca sambil tengok buku dan sambil hafal juga.


Doa tersebut adalah doa Syifa' 7:

Doanya ..

Ilahi, Ilmuka Kaafin an suaali
Akfini bihaqqil fatihati suala
Wa karamuka Kaafin as maqali
Akrimni bihaqqil fatihati maqala...
Wa hassil ma fi dhamiri..
Wahuwa syifa'ul li hazal maridh..
....

Maksudnya yang sangat saya hayati adalah,

Wahai Tuhan
Ilmu-Mu cukup luas memenuhi permintaanku
Sempurnakanlah wahai Allah hajatku dengan hak al-fatihah
Kemuliaan-Mu cukup untuk memenuhi percakapanku
Muliakanlah aku dengan hak al-fatihah
Wahai Allah, kurniakanlah apa yang tersirat dalam hatiku..
Sampakanlah hajat hatiku ya Allah..
Penuhikanlah doaku ya Allah..

Engkaulah Penawar atas egala masalah dan penyakit..
.... dan seterusnya....