Monday, October 20, 2008

Tasmi' Darus Syifa' dan Jamuan Raya

Sebenarnya tarikh test pada 13 Sept, tapi hari tu saya tak pergi, jadi minggu lepas punya kelas di Darus Syifa' 13 Okt (Isnin), Ustaz Zul Dahlan (Ketua Bahagian Tasmi' ) buat pengumuman. Katanya ada 83 orang lagi pelajar Kumpulan 20 yang tak datang tasmi' hari tu (salah sorangnya saya ler tu..), jadi kena datang 18 hb Okt hari Sabtu mulai jam 8.30 pagi.. Lepas tu dia kata masa pengumuman tu.. Sapa-sapa yang tak datang 18hb Okt, tak de dah tarikh lain, tanggung ler sendiri, buat tasmi' tahun depan ler.. Garangnye...

Jadi 18hb saya pun datangler ke Darus Syifa', bawak Aisyah sekali sebab Abah kerja hari Sabtu, tak de sapa-sapa boleh jaga. Ingat nak pergi beraya selepas tasmi'. Saya sampai jam 9.45 pagi. rupanya saya dah no 72. Nanti saya uploadkan borang tasmi' tu. Kita diberi borang kosong, kena tulis nama, nombor pelajar dan no IC. Tepi kotak tu ada untuk markah, Ustaz/Ustazah yang cek kita akan tanda dalam ruangan tu, ada tiga perkataan yang dikosongkan, tertulis, LULUS, GAGAL, ULANG LAGI...

Masa saya tengah tunggu turn depan sorang Ustazah (namanya saya pun tak tahu, nak tanya takut..), rupanya ada pelajar lelaki dah habis ditasmi', jadi ada sorang Ustaz penemuduga panggil saya ke depan dia... Ustaz tu baik jugak, siap tanya saya orang mana? Bila saya kata orang Kelantan, dia kata anak sedaranya baru kahwin, dengan orang Tanah Merah.. Lepas tu dia cite2 pasal Tanah Merah.. hilang siket ler gabra saya..

Lepas tu, baru suruh saya mula.. Saya pun baca Bismillah.. dengan doa dalam hati..'Ya Allah, bagilah saya dapat baca dengan lancar, bagilah saya ingat semua asas 10 ikut turutan dengan baik..' Alhamdulillah Ustaz tu tak tegur satu pun, dia menyandar jer dengar pastu dia kata, 'Ok dah ler tu..' Alhamdulillah..

Masa saya tu ada dua orang kakak (agak berumur dalam akhir 40an).. Dia tak dapat nak baca, tersalah ayat Law anzalna, lepas tu Ustazah tu suruh ulang tahun depan.. adoii kesiannya.. Then ada sorang lagi kakak tu, depan Ustazah tu jugak terlupa selawat tafrijiyyah..
Aisyah ada sebelah, Aisyah kata,
'Umi, boleh tak Aisyah tolong Makcik tu? '
'Heee tak boleh ler sayang oi..walaupun Aisyah dah hapal selawat tajrijiyyah, dalam test mana buleh tolong- tolong orang..'

Lepas habis tu, saya turun bawah ruangan rawatan dengan salah seorang kakak yang test sekali.. Teruknya saya terlupa nak tanya nama apa kakak tu, bersembang banyak dah, nama lupa nak tanya.. isy..

Rupanya ramai orang sedang menunggu untuk berjumpa dengan perawat. Saya tengok ada dalam 30 orang menunggu, dalam buku log ada lebih dari nombor 50 nama.. Ramai jugak hari Sabtu yer.. Kalau hari Selasa, nak jumpa Ustaz Harun Din sendiri kena datang awal pagi. Ada kawan saya datang jam 6 pagi, dah dapat nombor lebih 200. Minggu selepasnya, dia datang jam 4 pagi, dah ada orang dah katanya.. Ustaz cuma jumpa pesakit N0 1-200 sahaja. Lain dari tu, anak murid Ustaz yang kendalikan..

Lepas tu, saya plan nak pergi beraya ke rumah kawan saya Fir, Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, dia pun belajar di Darus Syifa' jugak..rumahnya sebelah UNITEN. Tapi kartun sungguh, saya tertinggal alamat rumahnya, nombor tepon pun tertinggal jugak.. Macamna yer..Tak dapat ler nak pegi...

Lepas tu saya ingat nak pergi rumah Marlina di Puchong. Bila dah sampai Puchong, baru saya buka mesej Mar, katanya mula kol 5pm.. Aisay.. tak jadiler.. Last-last pergi beraya rumah jiran, makan nasi beriyani.. Sedapnya...

Kol 3-5 saya kena pergi kelas DLSA di UiTM hari ni berjalan seperti biasa. Students ramai yang hadir, selalunya separuh jer yang wujud, yang lain ghaib missing in action.. Rupanya ramai sebab Dr Amin buat test Jenayah lepas kelas saya.. Ooo semua kelabu asap jer sebab tak habis baca ler tu...Hari ni kelas last, next week Saturday, saya dah bebas dah.. hehe.. Good luck untuk students saya yer..

Lepas Abah balik opis, kami pergi beraya lagi di rumah kawan-kawan sampai Malam. Pergi rumah Ustaz Taki makan nasi dagang.. bestnye.. Kat Shah Alam hujan lebat betul petang Sabtu tu, jadi saya tak dapat ke rumah Mar, akhirnya pergi rumah open house kawan-kawan di Shah Alam sahaja..

Mintak maaf yer pada semua yang telah menjemput saya tapi saya tak dapat pergi.. Saya sangat menghargai setiap jemputan yang dibuat, tapi kadang-kadang saya terpaksa ikut jadual my husband.. ada yang terlepas dan tak dapat pergi..

Rumah terbuka ni bagus ler.. banyak makanan yang best-best..Tapi kalau perut sensitif, kena makan berhati-hati, takut kena cirit birit pulak..

Malamnya, hampir 2 jam saya surf internet, masuk blog my friend Zalina di Manchester, lepas tu blog Fazlina di Melbourne, pergi ke blog kawan2 Fazlina, sampai pulak ke blog Prof Kamil, Pengarah UiTM Johor, penulis Travelog Haji yang Best seller di PTS.. Masya Allah.. Tahniah pada Prof yang berjaya mencapai tahap setinggi ini. Kemudia sampai pula ke blog Ustz Nawawi Johor, lepas tu masuk blog sapa-sapa entah.. Tapi semuanya informative dan menarik.. Saya suka membaca pengalaman orang lain, mudah2an ada iktibar dan panduan untuk saya..