Sunday, October 5, 2008

Hari Raya 1429H

Ucapan Raya melalui SMS

Saya banyak menerima ucapan hari raya melalu SMS.. .. Rasanya banyak sangat dan ada yang saya pun tak tahu sapa yang kirim. Kalau yang kirim SMS menulis namanya di akhir mesej tersebut, maka tahulah saya siapa yang kirim. Tapi kalau tak ada nama sedangkan nombor telefonnya tak ada dalam save saya, maka saya pun tak tahu ler sapa yang kirim. Saya memang takde save nombor-nombor kecuali sahabat baik dan orang yang selalu saya berurusan. Apatah lagi nombor students yang ramai-ramai tu kecuali mereka adalah Ketua Kelas.

Banyak yang saya terima dari sahabat-sahabat dalam JIM, PGSM dan sahabat handai yang lain. Macam-macam mesej ucapan yang dikirim. Ada berbentuk madah pujangga yang sangat panjang. Ada yang berbentuk pantun, ada mengirim doa dan sebagainya. Antara yang paling saya terkejut adalah mesej ucapan hari raya dari Prof Madya Dr Anisah Ghani dan Ustaz Alias Othman. Mereka adalah pakar rujuk JIM dan pensyarah saya semasa saya buat Master di UM. Saya rasa terharu apabila mereka menghantar mesej kepada saya. Terima kasih banyak-banyak.

Sedaya upaya saya akan membalas semua mesej walaupuan saya tak tahu siapa yang hantar. Namun ada juga yang saya tertinggal, apatah lagi mesej yang hilang dari PDA saya selepas PDA saya crash pada hari raya tersebut. Semua yang saya balas dengan ayat yang sama kerana saya tak sempat nak membalas dengan ayat yang canggih-canggih.

Semuanya yang mengirim ucapan hari raya kepada saya, saya membalasnya..

'Terima kasih atas ucapan. Saya juga ucapkan selamat hari raya dan mendoakan agar anda bahagia selalu di dunia dan di akhirat. amin. -puan hidayah'

Kepada yang menghantar mesej ucapan raya tetapi saya tidak membalasnya, saya minta maaf banyak-banyak. Akhirnya, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mengirimkan ucapan kepada saya, terutama kepada pelajar-pelajar yang saya kasihi semua..

_______________

Raya

Raya kali ini kami satu keluarga balik ke Kelantan.. rumah Tok Ma dan Tok Ayah.
Aisyah sangat ceria dan selalu kata.. 'Tak sabarnye Aisyah nak main dengan adik Absya, Adik Afif dan budak-budak lain.. bestnye balik rumah Tok Ma...'

Sebenarnya raya kali ini turn Bangi. Dari awal perkahwinan, berbelas tahun yang lepas, kami telah berjanji bergilir untuk raya puasa. Kalau tahun ni raya di Bangi, raya depan di Kota Bharu, Kelantan atau Kelate..Semua pasangan pada pandapat saya mesti buat perjanjian dan patuh pada perjanjian demi kesejahteraan kedua pihak. Kedua ibu bapa perlu dilayani dengan sebaiknya dan adil.

Saya tak setuju jika salah satu ibu bapa diraikan sedangkan yang lagi satu asyik mengalah sepanjang tahun. Contohnya setiap raya di rumah suami, bagaimana dengan isterinya? Si isteri juga ada ibu bapa. Bagaimana kita melayani kedua ibu bapa kita adalah contoh teladan kepada anak-anak. Lainler kalau kawin dengan anak yatim, atau kawin dengan jiran sebelah rumah macam cite P Ramlee tu.. tu tak kisahler..

Kalau raya balik ke Kelate, maka setiap hujung minggu kami akan berbuka di Bangi, compensate raya tak ada nanti. Kalau raya di Bangi, kami balik juga berbuka di Bangi tapi kadang-kadang saja. Begitulah berlalu selama ini dengan penuh ceria dan bahagia.

Tapi tahun ini, kami tukar program dan balik beraya di Kelate atas beberapa sebab, antaranya adalah kerana my dear sister Na akan berkahwin pada 2 Syawal dan sebagai kakak yang baikkan (hehe..) kenalah kita balik awal, nak tolong kemas rumah, buat apa-apa patut..

Letihnya sepanjang raya ini.. Macam nak pengsan buat kenduri kahwin masa raya..

Kami balik raya hari Isnin jam 6.30pagi lepas solat Subuh dan sampai ke rumah Tok Ma jam 3 petang. Sepanjang jalan, Abah bawak sorang, Umi dan Aisyah tido jer... hehe sorry ye Bah. Selalunya separuh jalan, kita tukar driver tapi kali ini tak tukar sebab Umi ngantuk sangat-sangat...

Kalau nak balik Kelate, Abah selalu buat joke tanya Aisyah teka-teki yang kelakar ..

'Aisyah, Abah ada soalan, Aisyah jawab yer..
Kita bertolak pagi, sampai petang
Kita pegi siang, sampai malam.. tu nak gi mana tu...'

"Nak gi Kelate...' jawab Aisyah

'Soalan lain...
Kita bertolak pagi, sampai pagi

Kita pegi malam, sampai malam..tu nak gi mana pulak tu..

'Nak gi Bangiii...' jawab Aisyah

'Jadi Aisyah suka yang mana? Bangi lah bestkan Aisyah.. tak letih, jom kita balik Bangi..' ... ooo nak rasuah Aisyah yer..

'Aisyah suka dua-dua...' jawab sicomel Umi.

Dan Umi akan bagi remarks kat Aisyah.. Bagus, Aisyah memang bijak.. hehe..
__________________

Adik beradik berkumpul

Semua balik ke Kelate raya ni. My eldest Kak Nik balik satu keluarga hari Isnin bersama dengan 4 orang anaknya, Zuhri, Nadia, Shahmi dan Adik Afif. Kak Za dari Johor satu keluarga dengan anak-anaknya Tasnim, Firdaus dan Fahmi. Siti dengan heronya Adik Absya dan twin Akil dan Azra. Zura dengan Syifa;, Syafi', Syafinaz dan Shafiqah...Ramainya kanak-kanak... semua bermain dengan penuh gembira..

Ayah suka cerita.. katanya dia happy sangat penuh rumahnya dengan cucu-cucu.. rasa demam pun hilang sebab seronok.. Aisyah apa lagi.. main macam-macam dengan kanak-kanak yang lain..sekajap main patung-patung, sapa bergerak dia kena.. Lepas tu main sembunyi-sembunyi..Lepas tu main Sumo..(sebab ada cite Sumolah lagi dalam TV)..Sekejap main mak-mak, sekejap bergaduh, sekejap nagis, lepas tu main lagi...

Saya saja nak nyakat budak-budak tu...Saya kata, 'Apasal ler budak-budak ni asyik main jer.. cubaler pergi buat kerja ker.. ni main jer..'

Aisyah jawab, 'Memang budak-budak kerjanya main Umi.. Umi nak suruh budak-budak buat apa lagi..'

'Pergiler masak ayam percik ker, ayam masak merah ker.. tak pun pergi buat research ker, tulis artikel ker..'.. hehe...

Aisyah dengan budak-budak tu semo terkejut.. 'buat apa tu.. Jom kita main lagi...'

Habis bersepah rumah Tok Ma...