Wednesday, October 22, 2008

Design Kulit Buku Soal Jawab Syariah Siri 1 dan DS

Isnin 20 hb, saya rasa letih sangat..ingat nak balik rumah tidur tengahari tu, tapi Penerbit buku Hadrat Sdn Bhd call kata pembetulan buku dah dibuat, dia nak saya cek isi kandungan untuk kali terakhir dan pilih kulit buku yang dah didesign oleh pihak mereka.

Jam 12.30 thg saya terus memandu ke Salak Selatan, pejabat penerbit tersebut. Saya tak tahu mana Salak Selatan, Salak Timur, Salak tu sendiri saya tak pernah sampai.. Buah salak selalu ler saya makan, tapi sebab fikirkan kesuntukan masa untuk mengesahkan penerbitan, maka saya redah jugakler.

Sulaiman ex UIA yang uruskan buku tersebut, kerjasama antara syarikat Hadrat dengan UPENA, UiTM untuk menerbitkan buku-buku UPENA. Buku Soal Jawab Syariah sebenarnya kalu ikut jadual perlu diterbitkan dalam bulan 8 lagi tapi kata Dr Ghafar, banyak masalah teknikal maka ditunda, dan dia minta persetujuan saya untuk diterbitkan tahun depan Januari 09.

'Oooo no no.. Tak boleh ler Sifu, sebab tu terlalu lambat sangat.. ' Dr Ghafar UPENA tu saya memang panggil dia Sifu, sebab dia banyak sangat ilmu mengenai Perbandingan Agama, dia hafal ayat Quran dan ayat dalam Bible, perbandingannya dengan begitu terperinci.. Kalau dengar dia berhujjah, sama seperti Ahmad Dedat.

Dr Ghafar ni seorang yang hebat dan merenda diri. Dari segi ilmu formalnya, dia lepasan Ekonomi tapi ilmu agamanya juga sangat hebat. Saya memang kagum dengan Dr Ghafar, sebab tu saya panggil dia Sifu dari awal saya kenal dia lagi... bertahun-tahun yang lepas.

Lagi satu, saya sangat suka berbincang tentang segala isi alam dan perjalanan hidup dengan Sifu, sebab dia selalu membuka jalan ke arah yang positif serta suka memudahkan urusan orang Contohnya saya pernah kata pada dia suatu hari dulu, 'Sifu, saya ni layak tak nak apply Prof Madya? Segan pulak nak mintak, rasa tak de apa-apa, karang buat malu jer..'
Jawapan dia..'Isyyy apa pulak.. you mintak you mintak.. Mana ada lagi pakar rujuk lain dari Hidayah. Saya sokong 200 peratus.. Mintak mintak mintak..'
Saya kata lagi, 'Kalu borang tu suruh letak Referee, saya letak Sifu yer..'
Dia jawab, 'It's a great pleasure.. jadi referee untuk Hidayah ni.. Masya Allah.. orang kata, tak dapat naik kapal terbang, tolong pegang beg pun jadilah.. ambik berkat..'
Dan saya akan ketawa dengar joke dia yang sentiasa ceria dan bersemangat waja...

Bila saya bincang pasal buku PGSM dulu, saya kata, 'Sifu, boleh tak UPENA terbitkan buku PGSM?'
Dia jawab, 'Ya Allah.. kecik tapak tangan, nyiru kita tadah.. Mana nak cari Peguam nak terbit buku dengan kita.. itu hebat sungguh tu..'

Saya suka berada dalam lingkungan orang-orang yang baik dan positif..


Balik ke cerita Salak Selatan. Staf opis nama Rizal, juga bekas UIA telefon saya memberi arahan macamna nak sampai ke opisnya.. Alhamdulillah sampai jugak akhirnya..

Saya cek setiap mukasurat, tengok font, ejaan, ayat al-Quran, cek index, cek glossary, cek nama pengarang, dah settle baru sahkan dan serahkan semula pada Danial, staf lain yang incharge. Macam buku-buku sebelum ini, proses terbit buku banyak benda yang renyeh dan meletihkan.. Saya rasa ini kali kelima saya edit dan pruf read.. Bagi yang tak tahu prosesnya mungkin ingat serah bahan mentah, lepas tu tunggu penerbit publish.. Tidak sebenarnya...

Lepas tu Daniel tunjukkan beberapa design kulit buku, saya tengok satu satu..
'Ok Daniel, try kecikkan gambar corak tu, cuba kita tukar color merun pulak, ooo apa kata try color hijau, logo PGSM ada merah, kuning, hijau.. apa kata kita gabungkan color tu dalam theme yang sama dengan buku Isu Syariah..'

Akhirnya jam 3pm, saya baru selesai dan balik semula ke Shah Alam.

Jam 5.30 turun pula ke Bangi untuk kelas Darus Syifa'..

Letihnye, sepanjang jalan saya tidur saja, kesian Abah bawak kereta ke Bangi, tak der sembang-sembang.. Aisyah ikut dan stay sekejap di rumah Cikgu Ani main dengan Hanan. Thank you yer Ani tumpangkan Aisyah..

Ustaz Harun Din mengajar mengenai orang yang selalu mimpi ngeri dan ditimpa penyakit tak dapat tidur, mimpi kena kejar anjing, jatuh bangunan, kena tikam, rumah kena masuk pencuri, kena rogol dan sebagainya.. Jika kita merawat orang sakit sebegitu, kita kena bacakan beberapa ayat al-Quran untuknya, baca di air bagi dia minum dan jika perlu buat mandi...

Saya suka dengar kuliah Ustaz, seumpama mendengar nasihat yang panjang, seperti air mengalir menyirami tanah yang kering... Saya bahagia menjadi pelajar Darus Syifa'...
Keputusan Tasmi' Sabtu tu dah ditampal.. Nama saya ada.. keputusannya LULUS. Alhamdulillah...

Hari ni saya puasa, bawak roti untuk buka puasa dan kami semua pergi makan nasi lepas kelas di restoran BBQ, makan nasi goreng ikan masin...

Sampai rumah jam 12.30 thgmlm.. Letihnya... Nak tidur....zzzzzzzzzzzz...