Sunday, October 26, 2008

Persekitaran Yang Merbahaya

Seminggu ini saya membaca surat khabar dengan macam-macam isu dan masalah yang memberi kesan kepada persekitaran kita. Sama ada persekitaran melibatkan percemaran udara, percemaran air, percemaran nilai kehidupan bermaruah, percemaran kepada urusan hidup dalam masyarakat beretika. Semuanya cemar dan mencemarkan.

Saya ke ke kedai buku dekat rumah saya, Aisyah panggil Kedai Pakcik Baik. Sebabnya penjual tu, tiap kali saya datang akan tegur, 'Assalamualaikum Hajah.. Mana Aisyah?..' Dia selalu ingat AIsyah sebab tu kedai tu saja diberi nama special, Kedai Pakcik Baik.

Saya beli satu dua bahan bacaan, selebihnya ada yang saya baca kat kedai tu jer.. Saya baca pasal Baby baru lahir dibuang dalam plastik hitam dan direbut oleh sekumpulan kambing di Kota Bharu. Betapa jahatnya masyarakat kita dan betapa kesiannya pada anak yang tidak berdosa.

Saya baca lagi pasal Melamin dalam makanan.. subhanallah habis makanan kita dan anak-anak yang tidak berdosa tercemar dan merbahaya. Saya baca pasal perebutan jawatan dalam UMNO, Ku Li tetap bertegas untuk bertanding walaupun takde sapa-sapa calonkan dia lagi. Mukhriz dapat tertinggi dan Khairy jugak menyusul.. Itu juga satu isu besar, apakah ia ada unsur ikhlas mencalonkan atau bagaimana..Saya baca kisah Keadilan yang menyebut Harapan Hanya Pada Anwar.. itu juga isu besar dalam negara yang memberi kesan kepada kestabilan politik dan ekonomi..

Saya baca lagi mengenai Remaja menjadi Sugar Baby kepada Sugar Dady, hidup mewah melayani nafsu seks lelaki kaya tanpa kahwin. Bagaimana begini kehidupan kita? Wanita jadi begitu kerana lelaki memberi tawaran. Adanya offer maka adalah acceptance. Jahat lelaki membawa kepada jahatnya perempuan, jahatnya perempuan membawa kepada jahatnya lelaki.. Takutnya melihat kebejatan iman umat ini..

Saya membaca lagi dan lagi...

Bagaimanakah dunia ini sedikit hari lagi..
Lelaki Perempuan bergandingan berpesta, hidup bebas tanpa rasa dosa pada ALlah dan tanpa malu pada manusia..
Bagaimana anak-anak kita semua dapat mmebesar dalam iman dan takwa apabila persekitarannya begitu rosak dan menakutkan..

Saya juga baca mengenai budak tingkatan dua yang menendang guru perempuannya. Kenapa jadi begitu biadap pelajar hari ini?? Tidak ada kah rasa takut, hormat dan segan kepada guru? Kenapa jadi begini? Bukankah guru orang berjasa menjadikan kita seorang orang??

Hormatilah guru-guru kita sama ada cikgu sekolah rendah, sekolah menengah, semasa kita di Universiti dan sebagainya walau bagaimana kita tak suka dan boring dengan kaedah pengajarannya.. kerana ilmu kita bertambah (walaupun seinci) adalah hasil sumbangan ilmu yang ada dalam kepala mereka.. Kita tidak akan tahu 1 + 2 = 3 melainkan cikgu Ilmu Hisab mengajarnya kepada kita... Begitulah guru-guru yang lain..

Minggu lepas, ada seorang ibu meminta saya mendoakan anaknya tingkatan 3, katanya terlalu keras hati dan selalu memberontak. Ayahnya tengking dia balas balik dan hentam pintu serta selalu sebut, 'Kakak nak lari dari rumah ni.. rumah ni boring,benci, semua orang memboringkan dan macam-macam lagi..'Katanya ada sekali si ibu berbincang dengan baik (setelah sekian lama berusaha mendekati anaknya..) kata si anak, kawan sekolahnya sama tingkatan 3, lari dari rumah ikut boy friend nya, lepas sebulan balik ke sekolah, muka pucat dan tidak bermaya, kemudia bercerita kepada kawan-kawannya kata dia mengandung 3 bulan, dan lepas ni tak tahu nak buang mana anak ni..Masalahnya si anak mengatakan best kwnnya itu kerana dapat ikut boy freind...

Adoii Takutnya saya mendengarnya.. Hanya ALlah yang mengetahui apakah isi hati anak itu..Dan apakah isi hati ibunya dan ayahnya..

Saya kata, ;'Kakak banyakkanlah sembahyang hajat, sebut nama dia dalam doa, dan qasadlah dalam hati mohon Allah lembutkan hati dia supaya nak bersembang dan dengar kata ibu ayah.. Masa dia tidur, kakak masuklah bilik dia, baca ayat Taha dan Alam Nasyrah, pastu tiuplah kat ubun-ubunnya.. Kalau tak boleh pergi dekat, kakak bayangkan muka dia, kakak tiuplah ke atas ubun2nya dalam bayangan mukanya itu..Mudah-mudahan ALlah mudahkan urusan kakak..Masa yang sama, kena tahu parenting, macamna nak dekat dengan anak remaja.. cuba jangan kasar sangat, ajak sembang2, mungkin byk lagi dia nak cerita pada kakak..Saya juga doakan untuk anak kakak tu..'

Bagaimana dapat kita pastikan anak kita suatu hari nanti di masa akan datang terselamat dari kebejatan iman dan akhlak yang sebegini teruk?????

PadaMu Allah, kami kembalikan segala urusan...